berita

‘Tiada Keperluan Untuk Darurat’ – Agong Percaya Kemampuan Kerajaan Tangani Wabak Covid-19

October 25th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Hari Jumaat lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah berkenan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pukul 5 petang di Kuantan.

Artikel Berkaitan: Darurat: Agong Bakal Lakukan Rundingan Dengan Raja-Raja Melayu

Terkini, menerusi kenyataan media Istana Negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk Baginda mengisytiharkan darurat di Malaysia.

Tiada keperluan untuk darurat

Menurut Istana Negara, keputusan ini telah diambil setelah berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang berlaku ini. Pihak kerajaan bijak dalam menangani wabak ini dengan baik dan berkesan. Oleh itu, Baginda berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk negara diisytiharkan darurat.

Walau bagaimanapun, Baginda turut mengingatkan ahli-ahli politik untuk menghentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Terus banteras wabak ini bersama

Baginda turut prihatin akan peningkatan kes yang semakin bertambah kian hari dan berharap supaya rakyat Malaysia terus bersatu padu dalam memerangi gelombang ketiga wabak Covid-19.

Tambahan pula, baginda juga mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus berdoa agar wabak ini dapat dibanteras dan diubati dengan secepat mungkin.

Sumber: Istana Negara

SKIP THIS AD ×