

Penyanyi dan pelakon, Abby Abadi mencuri perhatian apabila menganggap tiada lagi ruang kemaafan buat menantunya, Ahmad Aslam.
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Kesal Marissa Tuduh Mereka Cerita – ‘Jagalah Aslam Baik-Baik, Semoga Bahagia Hingga Syurga’
Tiada maaf bagimu

Menurut pemilik nama Arbaiyah Abdul Manan ini, dia juga tidak lagi mahu Aslam untuk datang berjumpa dengannya kerana tidak akan memaafkan menantunya itu.
Bukan itu sahaja, bekas ahli kumpulan ‘Elite’ ini memberitahu dia juga tidak mempunyai menantu berstatus suami orang.
Video sesi siaran langsung yang saya kata suruh (Aslam) datang minta maaf itu tak valid ya.
Jangan datang, tiada keperluan. Tiada maaf bagimu.
Saya tiada menantu, lagi pula suami orang. Tidak berminat, titik.
Abby berkongsi perkara tersebut menerusi satu ciapan yang dibuatnya menerusi aplikasi Threads.
Raih perhatian netizen



Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya tetap berharap Marissa dan Aslam datang berjumpa dengan Abby sebelum terlambat.
Ujar mereka, jauh di sudut hati Abby masih sayangkan Marissa dan tindakannya itu hanyalah sekadar rajuk dan duka seorang ibu.
Untuk rekod, Marissa sah bergelar isteri kepada Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Sebelum ini, berlaku persengketaan antara Abby dan menantunya, Ahmad Aslam selepas ada pihak yang memintanya memohon maaf kepada madu anaknya iaitu Umisya Mazlan.
Bagaimanapun Abby meminta menantunya Aslam datang memohon maaf kepadanya secara bersua muka.
Sumber: Threads








