berita

‘Tiada Rawatan Susulan Selepas Pembedahan..’ – Wani Chomel Masuk Wad Kerana Jangkitan Kuman Di Paru-Paru

December 7th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Selepas mengadakan sidang media berkaitan usahawan kosmetik, nama Wani Chomel telah menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen di media sosial.

Terbaru, Astro Gempak melaporkan bahawa gadis ini telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesukaran bernafas.

Jangkitan kuman pada paru-paru

Foto: Astro Gempak

Menurut sumber, Wani Chomel telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya pada pagi tadi selepas keadaan kesihatannya yang membimbangkan kerana mengalami muntah yang teruk, sakit perut dan sesak nafas.

Menurut wakil Wani, gadis itu mengalami sakit perut sejak malam tadi sebelum dia dibawa ke hospital pada keesokan harinya.

Beliau mengesahkan paru-paru Wani terkena jangkitan kuman. Wani akan ditahan di wad untuk rawatan lanjut dan menjalani pemeriksaan terperinci termasuk di bahagian perut.

‘Tiada rawatan susulan’

Tambahnya lagi, Wani kini berada dalam pemantuan doktor dan mereka juga masih tidak dapat pastikan lagi bila Wani akan discaj dari wad. Selain itu, doktor juga menasihati Wani supaya tidak menerima sebarang pelawat buat masa ini.

Doktor bimbang jika ada jangkitan kuman di bahagian tersebut kerana tidak ada rawatan susulan selepas pembedahan dilakukan.

Menurut sumber, ibu Wani yang kini berada di kampung juga berada dalam keadaan kurang sihat.

Sumber: Astro Gempak

SKIP THIS AD ×