berita

Tiada Unsur Mistik ‘Tok Wan’ Badan Berbulu, Budak 6 Tahun Pandai Memandu

May 11th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Selepas insiden dua beradik terbabas dan melanggar tiang lampu di Jalan Bukit Tangga, Simpang Kenyum, Langkawi, pada Selasa, timbul pula cerita misteri di sebalik itu.

Artikel Berkaitan: Isu Kanak-Kanak 6 Tahun Bawa Kereta, Ibu Perjelas Apa Yang Terjadi – ‘Anak Panjat Kerusi Ambil Kunci’

Pandai memandu

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, menafikan wujud ‘pakcik’ dan ‘tok wan’ yang dipanggil oleh budak lelaki tersebut.

Berdasarkan keterangan kanak-kanak itu, Shariman Ashari berkata budak lelaki itu didapati tahu cara memandu kereta dan turut mengetahui kedudukan gear.

Sebelum ini, media melaporkan, kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer (km) dari rumahnya bersama adiknya untuk ke kedai bagi membeli mainan.

Menerusi kejadian kira-kira pukul 11.25 malam, kanak-kanak berusia enam tahun mengalami kecederaan luka di bahagian dagu manakala adiknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×