berita

‘Tiba-Tiba Jantung Anak Berhenti’ – Lana Nodin Kongsi Detik Cemas Pembedahan William

February 13th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sudah lama tidak nampak pelakon Lana Nodin beraksi di depan kaca televisyen. Semenjak mendirikan rumah tangga bersama Mohd David McKienzie, dia lebih fokus dan menghabiskan masa bersama keluarga kecilnya.

Terbaru, Lana Nodin turut kongsi berita yang menyedihkan apabila anak keduanya, William Daud McKienzie mengalami masalah injap (Aortic Stenosis) dan perlu membuat pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN). Sedihnya tengok keadaan bayi ini.

Tak lena tidur mengenangkan nasib anak

Anak kedua kepada pelakon ini, William Daud Mckienzie yang berusia dua bulan menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur kerana masalah injap (Aortic Stenosis). Bayi ini mula berpuasa sementara menunggu giliran bagi proses pembedahan.

Setiap kali anak menangis, saya akan turut menangis. Memang sedih sangat. Tak sampai hati pula melihatnya. Saya pula tak boleh menyusukannya sebab anak kena berpuasa sebelum menjalani pembedahan.

Rasa tak sanggup. Mujur ada suami menemani jadi kami boleh bergilir jaga anak. Malah sejak semalam saya tak lena tidur sebab mengenangkan nasib anak.

Injap aorta sempit beri bebanan kepada ventrikal

Insya-Allah, jika tidak ada sebarang komplikasi anak akan ditempatkan di wad biasa. Sebelumnya kena masuk ICU dulu untuk satu malam.

Selepas itu, anak perlu menjalani pemeriksaan berkala bagi memastikan injap jantung berfungsi dengan baik dan pemantauan juga berterusan hingga dia besar.

Walaupun anak tak sempurna macam bayi lain, tapi saya bersyukur dugaan tak seberat orang lain. Apa diharapkan, semoga anak sembuh dan membesar dengan baik.

Tambah Lana Nodin lagi, masalah dialami anaknya itu membabitkan injap aorta yang sempit dan akan memberi bebanan ke atas ventrikal sebelah kiri. Jika tidak menjalani pembedahan ini, bimbang jantung bayi harus bekerja keras dan apabila usia meningkat dia bakal mengalami masalah jantung bengkak.

Tiba-tiba jantung anak berhenti

https://www.instagram.com/p/BttKyl9Bk6Z/

Terbaru, menerusi laporan Metro, pembedahan jantung anak kedua Lana Nodin ini ditangguhkan selepas jantung bayi berusia dua bulan itu terhenti 10 minit.

Anak dibawa ke bilik pembedahan jam 2.30 petang tadi. Ketika persediaan pembedahan dibuat, secara tiba-tiba jantung anak berhenti.

Kemudian doktor memberikan bantuan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR). Selepas beberapa minit, jantung anak kembali berfungsi.

Selepas itu, anak terus dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) bagi pemantauan rapi selama 48 jam. Jadi, pembedahan anak tak boleh dibuat hari ini.
Sumber: Lana Nodin, Metro

SKIP THIS AD ×