berita

‘Tiba-Tiba Je Berasap, Keluar Api’ – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Handphone Adik Meletup Gara-Gara Bateri

August 14th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Kes telefon bimbit meletup atau terbakar memang sudah kerap kali didengari sebelum ini. Kebanyakan daripada kes-kes itu berlaku akibat daripada kecuaian pengguna yang terlebih cas.

Namun kali ini lain pula kisahnya apabila telefon bimbit milik seorang pengguna ini meletup selepas dipercayai bateri yang baru ditukarnya itu bukanlah original.

Nasib baik sempat baling

Perkongsian pemilik Twitter @wanhaikal56 itu telah menarik perhatian netizen dan mendapat lebih daripada 7k rt hanya selepas sehari dimuat naik.

Menurutnya, telefon bimbit milik adiknya tiba-tiba berasap dan mengeluarkan api ketika sedang dipegang.

Kalau tak hancur peha adik aku

Namun katanya, adiknya bernasib baik kerana berjaya membaling telefon bimbit itu sebelum sempat meletup di tangannya.

Bateri baru tukar dua bulan lepas

Tambah lelaki itu, dia dimaklumkan adiknya bahawa bateri telefon bimbit itu baru ditukar dua bulan lepas di sebuah kedai di Danau Kota.

Namun, dia merasakan bateri itu bukanlah original seperti yang diperkatakan.

Siap ada warranty 6 bulan, tapi tak rasa bateri tu original

 

Tambahnya lagi, bateri yang baru ditukar itu siap diberikan ‘warranty’ selama enam bulan, malah kedai tersebut turut memberitahu ia adalah bateri original.

Katanya, perkongsian itu sekadar untuk mengingatkan pengguna telefon bimbit yang lain agar tidak mengambil remeh dan berhati-hati ketika mahu menukar bateri telefon selepas ini.

Sumber: Twitter @wanhaikal56

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×