Seorang lelaki bertindak mengakhiri hayatnya sendiri selepas membunuh teman wanita dan anak lelakinya dalam satu kejadian di Olavarria, di timur Argentina.
Artikel Berkaitan: Isteri Tolak Hubungan Seksual, Suami Amuk Kurung Anak Dalam Tandas Siap Asah Pisau Ugut Bunuh
Artikel Berkaitan: Syak Isteri Curang, Lelaki Bunuh & Kerat Adik Ipar..Mayat Disimpan Dalam Beg Plastik Di Dapur
‘Saya terus memukul kepala dia 10 kali’
Memetik laporan Mirror UK, penemuan mayat tersebut terbongkar selepas anak perempuan mangsa membuat laporan polis berhubung kehilangan ibu, Maria Sandra Aguer dan adiknya, Thiago Contreras, 13. Difahamkan, kedua-dua mangsa tidak dapat dihubungi sejak 22 Ogos lalu.
Susulan daripada laporan tersebut, pihak polis pergi ke rumah Marcelo dan mendapati lelaki itu telah menggantung dirinya di koridor. Polis turut menemui mayat Aguer dan anaknya yang tidak bernyawa disimpan di dalam peti sejuk.
Malah, Marcelo sempat meninggalkan satu nota mendakwa mangsa telah melayannya seperti pembantu rumah. dengan memaksanya bekerja, memasak dan membersihkan rumah.
Saya bangun tanpa berkata apa-apa, ambil penukul dan masuk bilik. Saya terus memukul kepala dia (Thiago) sebanyak 10 kali seterusnya memukul Aguer sebanyak 10 kali.
Bukan itu sahaja, lelaki itu mendakwa Aguer tidak membenarkannya bercakap atau keluar melepak dengan kawan-kawan kerja.
Polis turut menemui tukul berlumuran darah dan kesan kokain di tempat kejadian.
Sumber: Mirror UK