berita

‘Tidak Ada Gerakan Berbaur Seksual Pun’- Dikecam Menari Di Hari Perkahwinan, Ini Respon Mawar Rashid

December 6th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini pasangan Mawar Rashid dan Raf Yaakob telah mengadakan majlis resepsi mereka bertempat di Sime Darby Convention Centre. Khabarnya majlis tersebut berlangsung dengan meriah umpama perkahwinan di-Raja.

Akan tetapi, masih ada segelintir netizen yang mempertikaikan tindakan Mawar yang menari pada majlis resepsinya itu. Namun, Mawar menerusi Mstar tetap dengan pendiriannya mengatakan bahawa tindakannya itu tidak salah.

Bukan semua boleh terima

Dalam pada itu, Mawar sedar idak semua pihak boleh menerima sesuatu perkara dilakukannya namun dia tetap dengan pendiriannya kerana niatnya hanya ingin meraikan hari bahagia bersama suami.

Bukan semua yang kita lakukan orang dapat terima, itu perkara biasa. Saya percaya apa saya lakukan dan tidak pernah memaksa sesiapa pun untuk menyokongnya.

Tambahan pula tidak salah saya nak menari pada majlis perkahwinan saya dan suami, lagipun malam itu kami ingin meraikan hari bahagia dan mahu semua orang gembira.

Takkan hendak bersedih pula. Betul atau salah, saya tetap dengan pendirian saya

Dikecam netizen

https://www.instagram.com/p/BcKlbJGF7nb/?hl=en&taken-by=uqashasenrose2

Terdahulu, Uqasha Senrose telah memuat naik video persembahan Mawar itu dan mendapat perhatian netizen yang merasakan Mawar sebagai wanita tidak patut menari dikhalayak ramai. Sebaliknya, Mawar berkata sudah menjadi impiannya untuk menari pada majlis perkahwinannya dan merasakan tarian dipersembahkan tidak keterlaluan.

Dah lama saya bayangkan hendak menari di majlis persandingan sendiri dan setiap langkah tarian itu juga saya reka sendiri mengikut kesesuaian

Kalau sesiapa mengikuti perkembangan karier saya, mereka tahu memang saya gemar menari

Komen negatif tak beri kesan

Disamping itu, Raf Yaakob turut mempertahankan tindakan isterinya dan meminta supaya netizen tidak memperbesarkan isu ini.

Tarian tersebut tidak ada gerakan berbaur seksual pun dan hanya tarian biasa sahaja dan tidak sepatutnya menjadi isu pun.

Tapi segala komen negatif netizen tidak memberi kesan kepada kehidupan kami

Takpelah Mawar anggaplah teguran daripada netizen itu sebagai tanda perihatin mereka kepada Mawar dan Raf. Admin mendoakan semoga perkahwinan Mawar dan Raf akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: Mstar

SKIP THIS AD ×