berita

Tidak Berhasrat Menuduh Budaya Jawa Syirik & Khurafat, Da’i Wan Dazrin Mohon Maaf

June 6th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Gara-gara memberi teguran terhadap Lathi Challenge, Da’i Wan Dazrin dikecam teruk oleh netizen Indonesia. Pendakwah bebas itu sebelum ini menegur secara terbuka di media sosial terhadap budaya Jawa yang didakwa syirik dan khurafat.

Terbaru, Da’i Wan Dazrin menerusi laman Twitter miliknya membuat permohonan secara terbuka terutamanya kepada Orang Jawa di Indonesia.

Permohonan maaf terbuka

Da’i Wan memohon maaf dan hanya bertujuan untuk memberi nasihat kepada umat Islam di Malaysia supaya berhati-hati. Dia bagaimanapun tidak berniat untuk menuduh budaya Jawa yang pernah didakwanya sebelum ini adalah syirik atau khurafat.

Kemungkinan besar teguran mengenai perkataan ‘Jawa’ itu ditujukan kepada orang Indonesia yang menyebabkan mereka marah.

Saya minta hentikan perbuatan itu

Pendakwah bebas ini sekali lagi menegaskan dia tidak pernah menghukum mana-mana Lathi Challenge sebagai haram. Dia hanya meminta agar masyarakat terutamanya penganut agama Islam menghentikan perbuatan itu sahaja. Hal ini boleh menyebabkan kita menjadi lalai dan rugikan masa.

Sumber: Wan Dazrin

SKIP THIS AD ×