berita

Tidak Dapat Diterima Akal, Lelaki Ratah Biawak Hidup-Hidup!

September 3rd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Di Facebook, Persatuan Haiwan Malaysia memuat naik tindakan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki meratah seekor biawak hidup-hidup. Di dalam video tersebut, dia dilihat menggigit bahagian lidah biawak dengan rakus. Tidak dapat diterima akal!

Makan biawak hidup-hidup

Makan biawak yang ditangkap hidup-hidup satu pelanggaran terhadap kebajikan haiwan liar dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana mematikan haiwan dengan cara kejam.

Perlakuan lelaki India ini zalim dan dibimbangi mengundang penyakit berjangkit yang membahayakan akibat kuman atau virus dari binatang yang tidak dimasak.

Lokasi dan maklumat lain tidak diperolehi. Namun Animal Malaysia percaya mesti ada rakan kenalan, saudara mara, jiran tetangga dan majikan mengenali lelaki kanibal ini.

Maklumat kezaliman dan jenayah haiwan begini mohon kongsikan dan salurkan ke Whatsapp Hotline Animal Malaysia +601120901097.

Tambah Persatuan Haiwan Malaysia itu lagi, tindakan lelaki tersebut dikhuatiri mengundang pelbagai penyakit bahaya bawaan daripada binatang liar.

Oleh itu, orang awam yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil untuk membantu siasatan.

Tangkap & hukum

Orang awam yang tidak dapat menerima perbuatan kejam ini memohon agar si pelaku segera ditangkap dan dijatuhkan hukuman setimpal.

Sumber : Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×