berita

Tidak Fokus Ketika Menaip, Neelofa Minta Maaf Pada Elisya Sandha – ‘Sememangnya Itu Khilaf Saya ..’

August 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, selebriti terkenal Noor Neelofa menjadi perhatian ramai selepas tersalah komen apabila memanggil anak pelakon Elisya Sandha dengan ‘cheeky boy.’

Artikel Berkaitan: Neelofa Tersalah Komen, Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’ – ‘#SabarRambutDiaOTW’

Kesilapan sendiri

Memetik laporan dari Utusan, Neelofa, 33, menyatakan perbuatan itu tidak disengajakan dan dia mengakui kekhilafannya sendiri.

Kata pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor, dia tidak fokus ketika menaip di ruangan komen, meskipun mengetahui pelakon itu baru dikurniakan cahaya mata perempuan.

Sememangnya itu khilaf saya, jujur ia kesilapan saya. Ketika melihat gambar di akaun Instagram Elisya, saya tahu anak dia perempuan.

Tetapi, entah kenapa, mungkin saya tidak fokus ketika menaip komen sehingga tersilap menyebut boy. Maaflah, kadang-kadang memang nak terjadi kesalahan.

Tambah bekas hos MeleTOP, dia sudah menjelaskan situasi sebenar kepada menantu kepada pengarah dan penerbit Sheila Rusly.

Saya sudah jelaskan pada Elisya yang saya tersilap taip. Niat saya baik, cuma mahu komen yang baik pada Elisya dan anaknya, itu sahaja.

Ada syarikat lain sama-sama membangunkan aplikasi

Sementara itu, usahawan berjaya ini bersyukur aplikasi TheNoor telah meraih lebih 6 juta pengguna di media sosial sejak dilancarkan pada 2021.

Contohnya Mizz Nina yang membangunkan aplikasi Qalby, saya kagum dengan inisiatif itu. Tidak ada istilah bersaing dengan mana-mana pihak kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.

Begitu juga antara aplikasi TheNoor dengan Qalby, masing-masing ada kelebihan. Daripada bersaing benda yang mengarut atau hiburan semata-mata, lebih baik kita buat dan mempelbagaikan perkara yang membawa manfaat kepada orang lain.

Sumber: Utusan

SKIP THIS AD ×