Tindakan pengacara Uyaina Arshad sering berkongsi perjalanan dan pengalaman pertamanya sebagai ibu telah menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet.
Artikel Berkaitan: Uyaina Arshad Dedah Anak Hadapi ‘Tongue-Tie’, Rezeki Menyusu Badan Kurang Dua Minggu – ‘Sedih Juga Bila Nak Diingatkan’
Artikel Berkaitan: Bergurau Soal Neraka, PU Syed Tegur Uyaina Arshad – ‘Panas Seterika Baju Pun Dah Melompat Kesakitan’
Cuma kongsi ilmu
Gara-gara itu, Uyaina digelar ‘terpaling ibu’ oleh sesetengah individu. Namun, pelakon berumur 31 tahun itu memilih untuk memandang dari sudut positif sahaja.
Kata Uyaina, dia menerima respon yang menggalakkan daripada ibu-ibu lain terutama selepas berkongsi perihal ‘tongue-tie’ yang dialami anak lelakinya, Raja Urhan.
Apa pun orang cakap, saya tidak kisah. Yang penting, anak saya sihat. Masing-masing ada pengalaman sendiri menjadi ibu, terpulang.
Kita buat macam mana pun, ada sahaja yang tak kena dengan selera segelintir netizen di luar sana. Tak apalah, saya cuma kongsi dengan mereka yang positif menerima ilmu baharu.
Saya tak perlu ambil peduli pun sebab yang utamanya adalah kesihatan anak saya. Bila saya kongsi tentang tongue-tie itu, ramai ibu yang bercerita tentang pengalaman masing-masing.
Jadi kalau mereka tak boleh terima atau tidak senang hati, itu hak mereka. Ada yang cakap saya terpaling ibu, pun saya tidak kisah.
Uyaina berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pengumuman duta baharu, Herbs Of Gold yang menampilkan isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran itu sebagai selebriti tempatan pertama yang menerima pengiktirafan itu.
Amal gaya hidup sihat
Bercerita mengenai pelantikan sebagai duta, pemilik nama lengkap Saidatul Naseha Uyaina Arshad mengakui tidak mengambil masa lama untuk bersetuju menjadi ahli keluarga produk keluaran Australia itu.
Kata Juara Pencarian Nona Manis 2015, dia akan mencuba produk itu terlebih dahulu memandangkan sangat mementingkan gaya hidup sihat.
Saya tidak akan terima tawaran duta sesebuah produk jika diri sendiri tidak pernah cuba. Saya juga seorang yang sangat mementingkan gaya hidup dan amalan sihat.
Dalam pada masa sama, Herbs Of Gold adalah satu jenama antarabangsa yang dipercayai dan terdapat di lebih 200 cawangan Caring Pharmachy seluruh dunia. Tiada sebab untuk saya tolak.
Saya juga merupakan seorang yang aktif dan demi mengekalkan stamina, saya perlu ambil suplemen kesihatan yang diiktraf.