Pengacara dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dikompaun RM20 ribu kerana tidak mematuhi standard operasi piawai (SOP) bagi mengekang Covid-19.
Artikel berkaitan: Ingkar SOP Majlis Pernikahan, Neelofa & Keluarga Dikenakan Kompaun RM60k
Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa dikompaun kerana tidak memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikahnya di sebuah hotel di ibu negara pada 27 April. Di samping itu, dia didapati bersalah melanggar tujuan rentas negeri yang dibenarkan.
Celah gigi?
Di Twitter, rata-rata netizen meluahkan pandangan mereka mengenai jumlah kompaun yang dikenakan terhadap Neelofa. Netizen mendakwa jumlah RM20 ribu yang dikenakan ke atas nama Neelofa itu sekadar ‘celah gigi’ buat pengacara tersebut. Walau bagaimanapun, segelintir netizen mendoakan supaya Neelofa dan rakan artis yang lain dapat mengambil isu ini sebagai pengajaran buat mereka pada masa akan datang.
Kertas siasatan dibuka
Sebelum ini, Neelofa telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai setelah aktivitinya bersama suami semasa di Langkawi menerima kecaman hebat. Dia yang ke Langkawi atas urusan kerja didakwa menyalah guna kelonggaran yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan. Pada masa yang sama, majlis perkahwinannya turut mendapat perhatian ramai kerana tiada penjarakkan sosial.
Sumber: Twitter