berita

‘Tidak Perlu Jadi Kacak Untuk Tarik Minat Orang Tengok Kita Di TikTok’ – Kay Khalish

August 29th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Kay Khalish

Pemenang Best Of Sports di Anugerah TikTok 2023, Kay Khalish berpendapat seseorang itu perlu mempunyai aura dan pesona untuk menarik minat orang ramai terhadap konten yang disajikan.

Artikel Berkaitan: TikTok Awards: Khairul Aming Menang Creator Of The Year

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menang ‘Celebrity Creator Of The Year’, Aeril Zafrel Bawa 40 Staf Bercuti Ke Korea

Tak perlu kacak

Kay Khalish

Ketika ditemui OhBulan!, Khalish berkata wajah yang tampan dan kreativiti bukan faktor utama untuk seseorang itu menambat hati pengguna TikTok.

Saya percaya kepada satu perkara, apabila seseorang itu berada di TikTok, dia perlu ada pesona.

Tidak perlu menjadi terlalu kreatif atau kacak untuk menarik minat orang lain untuk tengok kita di TikTok.

Jadi saya rasa pesona itu sangat penting dan percaya saya ada satu karakter yang disenangi.

Khalish  berkata demikian ketika ditemui di Anugerah TikTok 2023 yang berlangsung di Pusat Perdagangan dan Konvensyen Antarabangsa Malaysia (MiTEC), pada Ahad.

Berkongsi mengenai perasaan memenangi kategori Best Of Sports, Kaylish berkata dia gembira serta bersyukur dengan penghargaan tersebut.

Tipu kalau kata saya tidak gembira. Konten yang selama ini saya hasilkan dihargai.

Saya tak jangka akan menang apabila melihat calon lain yang sudah lama menapak dalam dunia konten di TikTok.

Dalam masa sama, jejaka berusia 30 tahun itu berkata dia akan terus menghasilkan konten yang lebih berkualiti kelak.

Platform TikTok sangat besar, mungkin lepas kemenangan saya ini orang akan lebih mengenali saya atau baru mula mengikuti saya selepas ini.

The pressure is on, selepas ini saya akan cuba menghasilkan konten yang lebih menarik lagi dan perbaiki mana yang kurang, insya-Allah.

SKIP THIS AD ×