

Seorang lelaki yang berasal dari Indonesia tergamak mencederakan isterinya sendiri hanya kerana menjual gado-gado dengan harga yang murah.
Artikel Berkaitan: Enggan Beri ‘Password’ Facebook & Curiga Ada Skandal, Suami Tergamak Tikam Isteri
Artikel Berkaitan: Syak Isteri Ada Lelaki Lain, Suami Tikam Isteri Dalam Kereta Api Ketika Dalam Perjalanan Balik Kampung
Artikel Berkaitan: Suami Tikam Isteri Berkali-Kali Sampai Mati Di Gerai Sayur
Tikam peha isteri
Menerusi laporan Tribun News, mangsa menjual gado-gado dengan harga 5,000 Rupiah (RM1.55) sehingga mencetus kemarahan kepada suaminya di mukim Plaju, Palembang, Indonesia.
Suspek yang dikenali sebagai Sudarmanto itu difahamkan tidak puas hati dengan harga yang diletak isterinya. Menurutnya, harga yang patut dijual di kawasan kejirannya itu adalah 10,000 Rupiah (RM3.10).
Kejadian terjadi apabila mangsa yang baru pulang dari menghantar gado-gado lalu dimarahi suaminya. Mangsa cuba melarikan diri namun suspek sempat menikam pehanya.
Walau bagaimanapun, suspek telah ditahan polis atas kesalahn dibawah akta keganasan rumah tangga selepas menerima laporan dari isterinya.
Sumber: Tribun News






![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)