berita

Tidak Wajar Dipolitikkan, Dr Zulkifli Janji Akan Selesaikan Kes Kartel Daging Haram

December 29th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Belakangan ini, isu mengenai kartel daging import haram mendapat perhatian media dan pada masa yang sama mencetuskan kerisauan terutamanya pembeli Muslim. Hal ini didakwa berpunca apabila kartel yang bertanggungjawab mengimport daging dari rumah penyembelihan yang tidak disahkan halal di beberapa negara seperti Bolivia, Canada, Colombia, Sepanyol dan Mexico.

Artikel berkaitan: ‘Kalau Dah Termakan Tapi…’ – Ustaz Ahmad Dusuki Jawab Hukum Makan Daging Kartel Haram

Menerusi Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, memberitahu bahawa perbincangan mengenai isu tersebut sudah dimulakan.

Perlu dapat pengesahan halal

Lawatan mengejut premis hari ini adalah daripada susulan isu keyakinan status halal daging dan produk daging import. Dua syarikat terlibat dalam lawatan kali ini adalah Syarikat Al Hilal Food Processing Sdn. Bhd dan Ramly Food Processing Sdn. Bhd. Kedua-duanya adalah pengimport daging dan produk daging sejuk beku dan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia. Dua syarikat di atas adalah antara syarikat yang melengkapi proses rantaian pensijilan halal sebagai pengimport produk daging halal dan pengeluar produk daging sejuk beku halal. Kedua syarikat ini telah mematuhi sepenuhnya prosedur pensijilan halal dan undang-undang yang dikuatkuasa.

Sebagai pihak berkuasa berwibawa pensijilan halal Malaysia, JAKIM bertanggungjawab untuk mempersijilkan halal produk-produk daging yang dihasilkan di dalam negara sahaja. Manakala produk daging yang diimport masuk ke Malaysia perlu mendapat pengesahan halal daripada Badan Islam di negara pengeluar. Bagi tujuan mendapatkan kelulusan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk membawa produk tersebut masuk ke Malaysia, JAKIM bertanggungjawab untuk membuat pemeriksaan verifikasi untuk mengesahkan bahawa loji sembelihan di negara pengeluar telah dipersijilkan halal oleh Badan Islam dan mematuhi standard-standard yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dari aspek hukum syarak.

Menurut Dr Zulkifli, dia telah melakukan dua lawatan mengejut di dua syarikat pengimport daging dan produk daging sejuk beku di Malaysia. Tambah beliau, kedua-dua syarikat tersebut telah mematuhi sepenuhnya prosedur pensijilan halal dan undang-undang yang dikuatkuasa oleh kerajaan. Jelasnya lagi, kesemua produk daging import perlu mendapatkan pengesahan halal dan pihak Jakim akan bertanggungjawab membuat pemeriksaan verifikasi untuk mengesahkan bahawa loji sembelihan di negara pengeluar turut mempunyai sijil hahal.

Ibadah umat Islam

Ingin saya tegaskan bahawa, dalam urusan kawal selia kemasukan produk di pintu masuk negara, JAKIM tidak terlibat kerana di sana telah ada agensi-agensi yang bertanggungjawab untuk membuat pemeriksaan. Dapatkan berita daripada sumber yang sahih. Saya pasti, kita semua amat bersetuju bahawa isu ini tidak wajar dipolitikkan. Ini urusan ibadah umat Islam. Oleh itu, saya akan berusaha untuk memastikan pihak berautoriti menjalankan siasatan yang telus dan amanah.

Pengguna dinasihatkan agar terus memilih produk-produk yang telah mendapat pensijilan halal Malaysia kerana pensijilan halal Malaysia telah melalui proses yang ketat berdasarkan standard ISO IEC 17065 sebagai Badan Pensijilan Halal. Saya akan memastikan segala cadangan yang telah dikemukakan kepada pihak JAKIM, akan diteliti sebaiknya demi keselesaan umat Islam. Saya juga yakin dengan doa semua, kemelut 40 tahun ini akan selesai dengan izin-Nya, insya-Allah.

Di akhir posting yang dimuat naik, Dr Zulkifli menegaskan bahawa pihak JAKIM tidak terlibat dalam urusan kawal selia kemasukan produk di pintu masuk negara. Ini kerana, terdapat agensi lain yang bertanggungjawab dalam melakukan pemeriksaan. Ujar beliau lagi, kesemua cadangan yang telah dikemukakan kepada pihak JAKIM, akan diteliti sebaiknya demi keselesaan umat Islam.

Sumber: Dr Zulkifli Al-Bakri

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×