berita

‘Kalau Dah Termakan Tapi…’ – Ustaz Ahmad Dusuki Jawab Hukum Makan Daging Kartel Haram

December 28th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Akhir-akhir ini, isu mengenai kartel daging import haram mendapat perhatian media dan pada masa yang sama mencetuskan kerisauan terutamanya pembeli Muslim. Difahamkan, kartel tersebut telah beroperasi selama lebih empat empat dekad dan bertanggungjawab mengimport daging dari rumah penyembelihan yang tidak disahkan halal di beberapa negara seperti Bolivia, Canada, Colombia, Sepanyol dan Mexico.

Perkara tersebut secara tidak langsung, menimbulkan ‘kegusaran’ kepada pembeli Muslim yang selama ini telah membeli daging tersebut yang diingatkan ‘halal’. Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, tampil menerusi satu video yang dimuat naik di Facebook, bagi menjawab segala persoalan berhubung isu tersebut.

Ustaz tampil beri penjelasan

Kalau kita makan makanan yang lepas dan tidak tahu makanan tersebut tidak halal, daging yang diviralkan sekarang ini satu makanan yang terlepas. Kita tak tahu halal ke haram, tapi dah makan, dah masuk dalam tubuh badan kita. Maka, itu dijadikan satu perkara yang dipanggil Umum a-balwa (satu benda yang lepas) yang tidak perlu lagi dicari dan dicungkil kembali. Kalau kita tahu daging tersebut adalah haram, kita jangan makan kerana Rasulullah S.A.W. pesan mana-mana daging yang tumbuh daripada sumber yang haram, maka nerakalah yang sesuai untuk mereka. Jadi kalau yang dah lepas, tak jadi masalah. Cuma kita diajar supaya istighfar dan bertaubat kepada Allah S.W.T. dan sesetengah alim ulama dia baca ayat-ayat Al-Quran untuk menjadikan perkara tersebut ‘neutral’ benda-benda yang haram dan perbanyakkan amalan. Usah bimbang.

Jelas Ustaz Ahmad Dusuki, seseorang itu tidak perlu risau jika selama ini pernah makan daging yang tidak halal statusnya kerana perkara tersebut sudah pun lepas. Namun, jika seseorang itu sudah mengetahui akan status daging tersebut yang haram, maka haram baginya untuk makan daging tersebut.

Tambahan pula, selama ini pembeli ‘percaya’ akan logo halal yang terpampang di bungkusan daging tersebut dan perkara ini secara tidak langsung memberi kesedaran kepada pembeli Muslim khususnya untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Daging haram jadi halal

Terdahulu Sinar Harian, melaporkan ‘muslihat’ yang digunakan kartel bagi menyeludup daging sejuk beku dari China, Ukraine, Brazil, dan Argentina sebelum membungkus semula daging tersebut dengan cop logo halal. Lagi mengejutkan, apabila daging tersebut dijual dan dipasarkan ke seluruh Malaysia.

Perkara tersebut berjaya dihidu oleh pihak berkuasa melalui hasil risikan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) . Difahamkan kartel tersebut telah menyamar sebagai syarikat pembekal daging sejuk beku, dan telah beroperasi di sebuah gudang di Senai, Johor Bahru, sebagai lokasi untuk membuat label dan cap palsu. Proses seterusnya akan diikuti dengan proses tampalan dan bungkusan semula daging tersebut.

Sumber: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Sinar Harian Berita Harian

SKIP THIS AD ×