berita

Tidur Lepas Work Out Boleh Bawa Mati? Pakar Jantung Jawab Dakwaan Coach Yin

February 2nd, 2018 | by faris
Kini Trending

Nama Coach Yin sebagai jurulatih kecergasan mendapat perhatian netizen apabila selalu muncul di samping Sajat. Tubuh kekar dan sado Coach Yin membuatkan ramai yang mengikuti Instagramnya untuk mengetahui bagaimana dia mendapatkan bentuk badan sebegitu.

Tidak hanya menjual makanan tambahan bagi mempercepat pertumbuhan otot, dia juga selalu berkongsi tips kepada kaki gym. Namun, salah satu tipsnya mendapat perhatian seorang pakar jantung di Twitter. Kenapa tu? Salah ke tips diberi?

Meninggal semasa tidur selepas work out?

Dalam satu post Instagramnya, Coach Yin mengingatkan kepada pengikutnya untuk berehat selama 3 jam selepas work out. Dakwanya, ada yang meninggal dalam tidur kerana sakit jatung disebabkan tidak mendapat rehat yang cukup.

Tambahnya lagi, apabila tidur, otak dan sel-sel dalam badan turut sama tidur. Hanya janung aktif mengepam darah, ini menyebabkan percampuran karbon dioksida dan oksigen, katanya. Dia turut berpesan supaya pengikutnya berehat 2 hingga 3 jam selepas bersenam di waktu malam untuk mengelakkan perkara tidak diingini.

Semuanya tak betul

Tips berkenaan mendapat perhatian seorang doktor pakar jantung, Dr. Beni Rusani. Menurut Dr. Beni, sesiapa saja boleh bersenam di waktu malam dan boleh terus tidur kemudiannya tanpa perlu berehat seperti disarankan Coach Yin.

Malahan, Dr. Beni sempat berseloroh, walaupun boleh terus tidur, adalah dinasihatkan untuk mandi terlebih dahulu untuk mengelakkan kemarahan pasangan anda. Kelakar juga doktor ni!

Strategi pemasaran?

Ada yang berpendapat jurulatih kecergasan itu sengaja membuat pos berkenaan sebagai strategi pemasaran. Info yang salah mengundang komen pakar, sekaligus mendapat perhatian umum, dihentam dalam masa sama lebih ramai yang mengenali dirinya dan produk dijual. Boleh jadi juga kan?

Mungkin boleh sukarkan tidur tapi tak bawa mati

Ada juga netizen yang meluahkan dia pernah menonton video pakar yang mengatakan senaman berat waktu malam boleh menyukarkan untuk tidur. Perkara itu diakui Dr. Beni sendiri, namun tetap menolak tidur sejurus selepas bersenam boleh membawa maut.

Sumber: Dr. Beni Rusani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×