berita

Setelah Sebulan, Identiti Sebenar Sajat Belum Didedahkan, Jakim Dakwa ‘Dihalang’

February 14th, 2018 | by faris
Isu & Kontroversi

Januari lalu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat pertemuan dengan Sajat bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai mengenai hal jantina personaliti media sosial itu. Menurut badan itu, mereka memerlukan sebulan untuk mengesahkan jantina sebenar Sajat.

Artikel berkaitan: Sebulan Untuk Tahu Jantina Sajat, Jakim Nafi Telefon Individu Beri Jawapan

Namun setelah sebulan seakan tiada jawapan yang diuar-uarkan kepada orang awam mengenai hal itu. Jakim khabarnya ada membuat kenyataan kenapa hal itu terjadi.

Ada ‘halangan’ meneruskan prosedur

Pihak Jakim mendakwa mereka mendapat halangan untuk meneruskan prosedur dan mungkin memerlukan masa yang lebih lama bagi tujuan pengesahan seperti yang dinanti-nantikan semua.

Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti Jakim, Dr Mohd Izwan Md Yusof mengatakan prosedur itu ‘dihalang’ oleh orang ketiga di pihak Sajat.

Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini.

Tetap komited sahkan

Walaupun berdepan halangan, Dr Mohd Izwan tetap komited untuk meneruskan prosedur bagi mengesahkan siapa Sajat sebenar sekaligus menjelaskan segala kekeliruan masyarakat.

Kita akan cuba selagi upaya untuk memujuk Sajat meneruskan proses-proses itu. Kita berharap agar dapat diteruskan apa yang telah dipersetujui dalam pertemuan dulu.

Menurut Dr Mohd Izwan lagi, isu itu timbul apabila pihak Sajat enggan memberi kerjasama kepada pegawai terlibat dalam kes itu.

Nafi dakwaan sudah sahkan

Dalam pada itu, beliau juga menafikan dakwaan seorang penulis blog yang membuat Facebook live dan mendakwa Jakim sudah mengesahkan jantina Sajat.

Ia hanya sebahagian perbualan daripada pegawai wanita di Jakim. Tentang pengesahan jantina hanya boleh dibuat oleh doktor pakar yang bertauliah sahaja.

Sumber: mStar

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×