Salah seorang tertuduh, Muhammad Tarmizi, Foto: Harian Metro
Mahkamah Sesyen Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap tiga banduan atas pertuduhan meliwat seorang banduan lelaki.
Artikel Berkaitan: Lelaki Miliki Rekod Jenayah Rogol Disyaki Rakam Adegan Amang Seksual Ibu & Anak Lelaki
Artikel Berkaitan: Susah Duduk & Sakit Bila Berjalan Bongkar Pelajar 17 Tahun Diliwat Cikgu Di Rumah Sewa
Dihadapkan ke mahkamah
Gambar sekadar hiasan
Berdasarkan pertuduhan, ketiga-tiga banduan tersebut didakwa secara berasingan iaitu dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.
Kejadian itu dilaporkan berlaku di sebuah bilik di Blok Amanah Pusat Pemulihan Akhlak Machang pada Februari lalu terhadap seorang mangsa yang berusia 26 tahun.
Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
Setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli, tertuduh Muhammad Tarmizi Mohd Sandy, Wan Zulharie Wan Mustapha, dan Mohamad Ariff Emeran, mengaku bersalah.
Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Hanini Wan Ahmad Shukry bertindak melakukan pendakwaan, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.
Dalam pada itu, memandangan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius, Wan Nurul Hanini memohon agar tertuduh diberikan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
Kesalahan dilakukan tertuduh ketika mereka sedang menjalani hukuman bagi kesalahan lain dan sepatutnya tertuduh menunjukkan kelakuan yang baik.
Sementara itu, ketiga-tiga tertuduh yang berusia antara 25 hingga 32 tahun itu membuat rayuan memohon agar dikenakan hukuman yang minima.
Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap kesemua tertuduh masing-masing lima tahun penjara dari tarikh dituduh semalam dan satu sebatan memandangkan kesalahan adalah serius.
Sumber: Harian Metro