berita

‘Tiga Ekor Lintah Keluar Dari Pusat’ – Awie Terkena Penyakit Misteri

August 30th, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Vokalis Kumpulan Wings, Datuk Awie sering kali mengalami gangguan kesihatan setiap kali ingin mengadakan konsert berskala besar. Sudah bertahun-tahun masalah ini masih belum beransur pulih.

Menerusi Astro Awani, penyakit misteri sekali lagi berlaku sebaik sahaja dia pulang dari mengerjakan ibadah umrah pada tahun lalu.

Bebas dari kanser usus

Menurut penyanyi tersebut, sebelum ini dia disyaki menghidap kanser usus hingga perlu menjalani rawatan klinikal di hospital.

Bagaimanapun selepas ujian klinikal kedua, selepas sampel dihantar ke makmal perubatan di Melbourne, Australia, doktor kata tiada tanda kanser pada bahagian tersebut.

Pada konsert sebelum ini, Awie terpaksa keluar dan masuk hospital kerana menghadapi masalah kaki bengkak. Namun pada konsert kali ini, penyanyi ini dikatakan terkena penyakit busung dan lintah keluar dari pusat.

Saya sendiri pelik apabila tiba-tiba jatuh sakit selepas pulang daripada mengerjakan umrah pada tahun lalu.

Perut saya tiba-tiba membusung dan saya ada menjalani hospital kerana ia terlalu sakit.

Tiga ekor lintah keluar dari pusat

Awie juga dikatakan terpaksa ulang-alik ke Indonesia untuk mendapatkan rawatan selepas doktor mengesahkan dia tidak menghidapi sebarang penyakit.

Selain busung ada lagi perkara mistik berlaku dan itu yang menyebabkan saya mengambil keputusan bertemu beberapa pengamal perubatan di utara dan selatan tanah air, termasuk Indonesia.

Namun apa yang lebih mengejutkan, apabila tiga ekor lintah keluar dari pusat penyanyi itu semasa dia menjalani rawatan bersama seorang kiai di Indonesia. Kesakitan yang ditanggung Awie berkurangan sebaik sahaja lintah itu keluar dari pusatnya.

Saya cuma berharap agar selepas ini saya kembali sihat dan tidak sakit lagi, kerana saya perlu bersedia untuk konsert solo tahun hadapan.

Sumber: Astro Awani, Gempak

SKIP THIS AD ×