berita

Pasangan Bakal Tunang Maut, Motor Ditunggang Dirempuh Pemandu Kereta Berusia 16 Tahun

November 12th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pasangan Tunang Maut

Foto: Berita Harian

Dua individu yang dipercayai merupakan pasangan bakal tunang disahkan maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar oleh sebuah kereta yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun di Jambatan Pulau Pinang pada awal pagi Sabtu.

Artikel Berkaitan: ‘Segala Persiapan Tunang Dah Dibuat’ – Lelaki Maut Kereta Dipandu Terbabas Langgar Pokok

Pemandu ditahan reman

Pasangan Tunang Maut

Foto: Harian Metro

Memetik laporan Berita Harian, kejadian dipercayai berlaku selepas kenderaan yang dipandu suspek melanggar belakang sebuah lori sebelum hilang kawalan dan merempuh kedua mangsa yang sedang menunggang motosikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San, impak daripada pelanggaran tersebut telah menyebabkan dua mangsa yang merupakan seorang lelaki dan wanita maut di tempat kejadian.

Siasatan awal mendapati kemalangan jam 2.30 pagi itu berlaku apabila remaja itu yang datang dari arah Pulau menuju Perai disyaki melanggar bahagian belakang lori.

Ekoran pelanggaran itu menyebabkan kereta yang dipandu hilang kawalan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki lelaki dan pembonceng wanita yang menyebabkan kedua-duanya mengalami cedera parah lalu meninggal dunia di lokasi kejadian.

Tambah Tan lagi, pemandu yang baru sahaja berusia 16 tahun itu mengalami cedera ringan manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat kedua mangsa  dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ) bagi proses bedah siasat manakala pemandu kereta ditahan reman bagi membantu siasatan.

Sumber:Berita Harian

SKIP THIS AD ×