berita

Tiga Langkah Mudah Urus Janin Keguguran. Sangat Bermanfaat!

January 4th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Mungkin ada segelintir orang yang menganggap janin keguguran tidak perlu dikebumi. Sebenarnya janin haruslah dikebumi mengikut proses sama seperti jenazah lain. Kali ini kami kongsi langkah mudah urus janin dari Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia. Sangat bermanfaat.

Baca niat dan ratakan air bersih

3 LANGKAH MUDAH URUS JANIN KEGUGURAN.

Buat ibu dan ayah yang diuji keguguran janin, ubatilah kesedihan kalian dengan menguruskan jasad kecil itu sendiri. Sila ikuti panduan di bawah:-
1. Baca niat, “Sahaja aku mandikan janin ini kerana Allah swt” dan ratakan air bersih di seluruh badan janin. (Boleh juga ditambah dengan air sabun, cendana dan lain-lain sekadar sunat wangian).

Tutup sehelai demi sehelai


2. Letakkan 3 helai lapisan kain putih dan sedikit kapas sekiranya ada serta 3 utas tali yang dipotong dari helaian kain putih. (Rujuk gambar). Setelah selesai mandikan janin, letakkan di atas kain tadi dan terus menutupnya sehelai demi sehelai.

Kubur digali sedalam 1 atau 2 kaki


3. Kubur digali sedalam 1 atau 2 kaki dengan syarat tidak sampai mengeluarkan bau atau dapat digali binatang. Letakkan jenazah janin tadi dengan kedudukan sama seperti jenazah dewasa, kemudian letakkan papan lahad dan terus dikambus sehingga selesai.

Pastikan dapat permit mengubur

NOTA
*Pastikan ibu ayah mendapatkan ‘Permit Mengubur’ dari pihak Forensik Hospital atau Balai Polis berdekatan. Jika dikebumikan tanpa permit, kemungkinan besar boleh didakwa kerana menyembunyikan kematian.
*Janin yang mati di dalam perut TIDAK PERLU DISOLATKAN! Sekiranya bayi dilahirkan hidup kemudian baru meninggal dunia, maka wajib solat jenazah ke atasnya.
*Kaedah yang sama juga digunakan untuk menguruskan uri bayi. Cuma untuk tanam uri bayi tidak perlu dapatkan Permit Mengubur.
Sekian, dihalalkan ilmu ini untuk dikongsikan agar semua orang dapat manfaatnya.

Sumber : Muhammad Rafieudin Zainal Rasid

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×