berita

Dibawa Ke Hospital Akibat Perut Kembung, Doktor Terkejut Temui Janin Dalam Perut Bayi

May 31st, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Pelik tapi benar… satu kes perubatan yang jarang sekali berlaku di mana sebuah janin ditemukan di dalam perut bayi. Perkara tersebut terjadi kepada seorang bayi berusia 40 hari di Motihari, Bihar, India dan telah meraih perhatian ramai.

‘Foetus in foetu’

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan NDTV, bayi tersebut pada mulanya dibawa ke Pusat Perubatan Rahmania di Motihari bagi mendapatkan rawatan kerana perut kembung. Difahamkan, bayi itu tidak dapat membuang air kecil dengan baik akibat masalah perut kembung itu.

Doktor di pusat perubatan itu, Dr Tabrez Aziz telah memeriksa bayi itu dengan melakukan imbasan tomografi berkomputer (CT) bagi mengenal pasti punca sebenarnya, dan terkejut selepas mendapati terdapat janin di dalam perut bayi itu.

Menurutnya, dalam istilah perubatan, kes itu dipanggil sebagai ‘Foetus in foetu’, dan ianya merupakan kes yang jarang kali berlaku, hanya dialami satu dalam setiap lima juta pesakit.

Satu anomali perubatan yang jarang berlaku telah dikenal pasti dimana janin dilihat berkembang di dalam perut bayi berusia 40 hari.

Ia dipanggil fetus dalam janin. Bayi itu telah menjalani pembedahan, keadaannya stabil.

Bayi itu kini dilaporkan sihat dan dibenarkan keluar dari hospital.

Sumber: NDTV

SKIP THIS AD ×