berita

Tikam Isteri Sampai Mati, Bekas Tentera Berdepan Hukuman Gantung

October 11th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki yang merupakan bekas tentera dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan menikam isterinya dalam satu kejadian pada 30 September lalu.

Tikam isteri sampai mati

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh iaitu Indera Zailan Mohamad Sani, 38, melakukan perbuatan kejam itu di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, Arau.

Tertuduh hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan namun tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Susulan daripada kesalahan tersebut, tertuduh di hukum di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati atau penjara selama tempoh tidak kurang dari 30 tahun dan tidak lebih dari 40 tahun dan sebatan tidak kurang dari 12 sebatan jika tidak dihukum dengan hukuman mati.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 17 November hadapan.

SKIP THIS AD ×