berita

Tikam Rakan Sampai Mati Gara-Gara Syak Skandal Dengan Isteri

May 29th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Foto: Sinar Harian

Seorang operator kilang berusia 34 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah ditikam sehingga mati oleh rakannya akibat cemburu.

Artikel Berkaitan: Berang Niat Nak Sembunyi Kehamilan Ditolak, Teman Lelaki Robek Perut & Bakar Teman Wanita

Artikel Berkaitan: Mayat Rakan Serumah Dijumpai Dalam Tangki Najis, Polis Buru Suami Isteri

Mangsa sempat beritahu isteri

Memetik laporan Sinar Harian, suspek dan mangsa adalah warganegara Myanmar yang dipercayai bekerja di sebuah kilang dan tinggal di asrama pekerja yang sama di Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah.

Suspek dan mangsa merupakan jiran bersebelahan bilik dan kejadian berlaku di perkarangan rumah kayu pekerja asing yang telah dijadikan asrama mereka.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan menjelaskan bahawa kejadian yang berlaku kira-kira pukul 3 pagi Sabtu itu adalah gara-gara suspek mengesyaki mangsa ada menjalinkan hubungan dengan isterinya.

Dalam pada itu, keterangan daripada isteri mangsa mendapati, suaminya yang terluka pada bahagian kiri perut telah masuk ke dalam bilik mereka dan sempat memberitahu tentang kejadian tersebut sebelum meninggal dunia.

Hasil pemeriksaan turut menemui sebilah pisau berhulu hitam berukuran lebih kurang 29 sentimeter yang dipercayai digunakan oleh suspek berusia 35 tahun itu untuk menikam mangsa.

Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hadir di tempat kejadian untuk pemeriksaan dan siasatan turut dibantu Unit K9.

Hasil pemeriksaan awal yang dijalankan ke atas mangsa mendapati terdapat kesan luka di bahagian kiri perut.

Susulan itu, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×