Tiket Anugerah Juara Lagu 34 (AJL 34) yang telah mula dijual sejak 9 Januari 2020 lalu, sudah hampir habis terjual! Kini hanya tinggal tiket Aras 4 yang berharga RM30 sahaja yang masih dipasaran. Tiket Arena telah habis dijual dalam masa 24 jam sejak diwar-warkan, manakala Aras 3 pula habis terjual dalam masa satu minggu.
Cepat pergi beli tiket AJL 34
Penjualan tiket semakin rancak ketika Showcase AJL 34 yang diadakan di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana pada 18 Januari lalu. Kehebatan kesemua finalis AJL 34 pada malam itu memang tidak dapat disangsikan lagi apabila lebih 1,500 pengunjung masih tetap tidak berganjak daripada tempat duduk mereka walaupun hujan lebat serta guruh berkumandang.
Mereka tetap setia memberi sokongan dan berhibur bersama Aina Abdul, Hazama The Panglipurlara, Hafiz Suip, Naim Daniel, Bob Yusof, Haqiem Rusly, Ernie Zakri, Aman Ra, Akim and The Majistret, dan Kugiran Masdo.
Dapat sambutan yang menggalakkan
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak, pihak mereka sangat teruja dengan penerimaan menggalakkan daripada para peminat dan sokongan yang tidak putus-putus daripada mereka. Tambahnya lagi, AJL merupakan satu anugerah yang sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh penggemar muzik tanah air.
Pengunjung yang hadir pada hari showcase tersebut memang tidak dijangka dan ini membuktikan bahawa Anugerah Juara Lagu masih relevan dalam industri hiburan tanah air. Sememangnya anugerah berprestij seperti AJL ini dinanti-nantikan oleh para audien dan juga karyawan muzik tanah air.
Jadi tunggu apa lagi? Jangan ketinggalan untuk merasai kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 secara langsung di Arena Axiata , Bukit Jalil dengan mendapatkan tiket AJL 34 di myticket.asia sebelum kehabisan tiket. Buat para peminat yang tidak berkesempatan untuk hadir ke stadium, mereka boleh menonton AJL34 melalui strim langsung HD di laman tonton. Gunakan tanda pagar #AJL34 di laman media sosial untuk hangatkan perbualan di alam maya.