berita

Tiket Final Penyokong Kedah Tak Cukup – Ini Pesanan TMJ Kepada ‘Individu Tertentu’

November 2nd, 2017 | by faris
Isu & Kontroversi

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan rasa kecewanya dengan layanan diberikan Persatuan Bola Sepak Kedah kepada penyokong mereka berhubung penjualan tiket final Piala Malaysia Sabtu ini.

Tambah TMJ, malahan, individu yang tiada kaitan dengan bola sepak sebaliknya mendapat tiket berkenaan dengan saluran tertentu.

6000 tiket ditempah ‘orang-orang tertentu’ KFA

Menurutnya, beliau dimaklumkan sejumlah 6000 tiket ditempah pihak tertentu di dalam Kedah FA. Beliau juga menyarankan individu berkenaan supaya tidak berada dalam persatuan bola sepak dan berundur bagi memberi laluan kepada mereka yang lebih berintegriti.

Bola sepak hak rakyat bukan untuk dipolitikkan

Presiden FAM ini juga turut memberi contoh di Johor, walaupun diminta Menteri Besar 1000 tiket namun pihaknya hanya membenarkan 600 tiket sahaja. Individu yang bergaduh dan mensabotaj berkenaan tiket itu juga sedang disiasat.

Beliau juga memberi amaran jika benar ianya berlaku, individu terbabit perlu bersedia keluar dari negeri Johor. Ini kerana Johor tiada tempat untuk pengamal korupsi seperti itu. Pegawai daerah Kluang turut dititahkan untuk menarik semula pengagihan tiket awal pagi ini.

Penyokong Kedah lapor polis tiket tak cukup

Berita Harian semalam melaporkan kira-kira 1000 penyokong Kedah yang berpusu-pusu ke Stadium Darul Aman namun hampa kerana tiket yang ingin dibeli habis terlalu cepat. Lima laporan polis dibuat penyokong pasukan itu berhubung ketidakpuasan hati penjualan tiket perlawanan akhir berkenaan.

Penjualan tiket habis dalam masa sejam dijual, mengundang rasa tidak puas hati penyokong yang datang dari serata Kedah. Walaubagaimanapun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Tiket dan Pintu Masuk KFA, Shaharol Niza Omar, dari 30000 tiket, hanya 10000 diperuntukkan dijual di Stadium Darul Aman. Manakala selebihnya digunakan untuk tempahan berkumpulan.

Sumber: Johor Souther Tiger , Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×