berita

TikTok Bawakan Sesi LIVE Bersama Pempengaruh AlexHKF & Pakar Dari Doctor Anywhere- Bincang Isu Kesihatan Mental

November 9th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

Bulan Oktober yang lalu, TikTok telah berkerjasama dengan pihak OHBULAN! bagi menjayakan kempen kesihatan mental sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental yang berlangsung sepanjang bulan Oktober.

Beberapa content yang bermanfaat serta sesi LIVE juga telah diadakan bagi memudahkan orang ramai untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kesihatan mental!

Pempengaruh @AlexHKF ceritakan pengalaman beliau sebagai pejuang kesihatan mental

@ohbulanofficial Peranan media sosial kepada semua ?? #ohbulan #bestiespaperoger #mentalhealthawareness #kekalsihat ? original sound – OHBULAN!

Bukan senang kita nak dapatkan pandangan seseorang yang menghidapi penyakit mental dan juga seorang doktor secara LIVE dalam satu masa kan?

Perkongsian daripada @ALEXHKF, seorang pempengaruh di TikTok yang sedang berjuang dengan anxiety dan juga panic disorder, tampil menceritakan pengalaman sekaligus membuang stigma yang di mana, seorang penyakit mental tidak perlu malu dengan masalah yang mereka hadapi.

Menurut beliau, adalah lebih bagus jika seorang pesakit itu lebih terbuka menceritakan masalah mereka kepada seseorang yang dipercayai agar mereka boleh dibantu.

Pandangan seorang pempengaruh di dalam isu ini adalah penting kerana bagi sesiapa yang melihat video beliau, ia mampu untuk memberikan jaminan kepada pesakit-pesakit diluar sana, bahawa mereka tidak keseorangan.

Turut hadir dalam sesi LIVE tersebut ialah wakil dari Doctor Anywhere Malaysia, Dr.Hazli Zakaria!

@ohbulanofficial Cabaran seorang pesakit mental ?? #ohbulan #bestiespaperoger #mentalhealthawareness #kekalsihat ? original sound – OHBULAN!

Kesihatan mental ni bukan perkara yang boleh dibawa main, jadi dalam usaha untuk memberikan sebuah perbincangan yang lebih utuh dan bermanfaat, TikTok membawakan wakil dari Doktor Anywhere Malaysia iaitu Dr.Hazil Zakaria untuk mengulas isu ini bersama-sama dengan @AlexHKF dan pihak OHBULAN ketika sesi LIVE tersebut.

Kalau korang nak tahu, Doktor Anywhere Malaysia ni sememangnya giat membawakan pelbagai info-info kesihatan yang menarik di TikTok!

Melalui laman web mereka juga, korang boleh dapatkan konsultasi serta cadangan perubatan dari rumah sahaja! Sesi LIVE yang berlangsung selama 1 jam itu berjaya menarik penonton dari pelbagai peringkat umur untuk berkongsi masalah serta luahan di ruangan komen sesi LIVE tersebut.

TikTok Digital Wellness Hub juga menawarkan info menarik, sokongan serta akses kepada talian bantuan

@ohbulanofficial Cara mendapatkan bantuan sekiranya anda mempunyai masalah ataupun penyakit mental ?? #ohbulan #bestiespaperoger #mentalhealthawareness #kekalsihat ? original sound – OHBULAN!

Malahan, pihak TikTok juga mengambil inisiatif untuk membantu secara lebih menyeluruh pesakit kesihatan mental dengan mewujudkan platform khas di mana, para pengguna TikTok boleh mengakses kepada content-content menarik mengenai kesihatan mental.

Melalui platform tersebut juga, ia boleh bantu untuk mewujudkan masyarakat yang lebih memahami sekaligus dapat menghapuskan stereotaip mengenai kesihatan mental! Korang boleh tengok dengan lebih lanjut di SINI!

SKIP THIS AD ×