berita

TikTok Lancar Kempen #ItStartsOnTikTok, Angkat Content Berkualiti & Ajak Pengguna Kongsi Pengalaman Indah!

September 18th, 2020 | by AnisAffandi
Shout Out!

Pada 15 September lalu, TikTok sebagai aplikasi video pendek yang memaparkan pelbagai kreativiti telah melancarkan kempen #ItStartsOnTikTok. Kempen ini bertujuan untuk meraikan ‘trends’, ‘stories’, lagu dan ‘conversations’ yang hanya bermula di Tiktok dan kemudiannya menjadi popular.

Selain itu, kempen #ItStartsOnTikTok ini juga bagi memastikan peranan platform untuk mewujudkan ‘budaya’ komuniti lebih kukuh.

Impak besar pada pengguna

TikTok kini telah berkembang menjadi satu platform yang sering digunakan oleh pengkarya dalam menghasilkan video serta kandungan hebat yang berjaya menarik perhatian seluruh dunia. Malah, komuniti TikTok ini telah memberi pelbagai impak positif dari segi budaya, seni, makanan, kecantikan, fesyen dan filem.

Antara pengkarya yang popular adalah Harith Zazman, iaitu penyanyi lagu hit ‘Cute’ yang dikenali melalui TikTok, #HeadDanceChallenge dimulakan oleh Afiq Hakim dari Malaysia dan bintang popular K-Pop, BTS yang kini melancarkan #CNSChallenge bagi mempromosikan hit terbaru ahli kumpulannya, J-Hope.

Selain itu, TikTok turut bekerjasama dengan Penang Global Tourism bagi memudahkan pengguna menerokai dan merasai pengalaman baru melalui #ExperiencePenang. TikTok turut menonjolkan budaya Malaysia dengan meraikan perayaan seperti #Raya2020 dan Hari Kemerdekaan dengan #KitaBersama.

Baru-baru ini, TikTok melancarkan kempen #thinkb4youdo bagi mempromosikan keselamatan dalam talian. Ini bagi menarik perhatian masyarakat terhadap risiko menyiarkan kandungan berbahaya dan cara memerangi buli siber.

Rakam setiap momen

Menurut Ketua Pemasaran Tiktok Malaysia, Loh Kai Zhi, TikTok adalah destinasi di mana hiburan, inspirasi dan trend-trend semasa bermula. Selain itu, pelbagai detik-detik kenangan terindah dalam hidup direkod dan dikongsi menerusi platform ini.

Bermula 15 September 2020, kempen #ItStartsOnTikTok menjemput semua rakyat Malaysia berkongsi perjalanan di TikTok dan bagaimana platform ini berjaya mengubah kehidupan mereka sekaligus mendorong orang lain untuk turut sama berkarya.

Jadi tunggu apa lagi? Muat turun atau buka aplikasi TikTok sekarang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen #ItStartsOnTikTok ini!

SKIP THIS AD ×