Seorang wanita tampil mendedahkan bapanya hampir menjadi mangsa penipuan wang sebanyak RM1800 oleh seorang pempengaruh.
Artikel Berkaitan: TikTokers Berang Kenalan Rapat Selamba Menyusu Anak Tanpa Izin, Alasan Bayi Menangis – ‘Bukan Sekali Tapi Dua Kali Kantoi’
Artikel Berkaitan: TikTokers Minta Maaf Video Kentut Di Mikrofon Dalam Kapal TLDM-‘Saya Tiada Niat…’
Ramai pernah ‘review’
Menerusi perkongsian di TikTok, wanita tersebut mendakwa bahawa terdapat seorang TikToker yang mahu membuat ‘review’ di laman sosialnya tentang restoran milik bapa wanita berkenaan.
Ada seorang TikToker datang nak ‘review’ di restoran bapa saya dan bapa saya tak ada masalah untuk dia datang ke kedai kami.
Namun, TikToker itu kemudian didakwa meminta bayaran atas alasan sebagai upah untuk menularkan restoran bapanya.
Tiba-tiba dia beritahu bapa saya perlu bayar RM1800 untuk tularkan kedai bapa saya. Malah dia juga berkata akan memberi diskaun iaitu bapa saya hanya perlu bayar RM1500 sahaja dan dia akan tularkan di TikTok.
Dia yang kesal dengan tindakan TikToker tersebut berkata sebelum ini restoran bapanya pernah mendapat ulusan yang baik daripada ramai pempengaruh serta selebriti.
Namun mereka tidak pernah meminta sebarang bayaran terhadap bapanya walaupun lebih banyak pengikut di sosial media.
Ayah saya dah tua, cukup-cukuplah. Janganlah menipu warga emas macam bapa saya dan minta bayaran.
Kebiasaannya pempengaruh yang datang tak pernah minta bayaran untuk buat review. Contohnya Syafie Naswip pernah datang dan rancangannya disiarkan di TV tetapi tiada pun sebarang wang yang perlu kami bayar.
Tiba-tiba datang TikToker yang saya sendiri tak kenal siapa, datang dan minta ayah saya bayar RM1800. Tak masuk akal langsung. Saya pun boleh review sendiri.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut tidak mendedahkan identiti TikToker berkenaan.
@alinkiwi #fyp #reviewkedaimakan cukup2 la org dh tua, cari rezeki. jgnla menyusahkan pakcik2 dgn benda2 minta duit cmni.
Sumber: TikTok