Seorang ibu meluahkan rasa berangnya melalui hantaran video di TikTok selepas mendapati anaknya yang masih kecil disusukan oleh orang lain.
Artikel Berkaitan: Ibu Berang Anak Dimalukan Di Sekolah, Diberikan Anugerah ‘Kosong’
Bagi alasan anak nangis
Menerusi hantaran video dimuat naik pengguna TikTok bernama Afieqah Hasanah, wanita berkenaan mendedahkan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang sibuk melakukan persiapan untuk majlis Aqiqah anaknya yang bernama Hayder.
Menurut Afieqah, dia telah memberikan anaknya itu kepada seseorang dan meminta untuk menjaga seketika sementara dia sibuk untuk menyiapkan majlis tersebut. Namun, alangkah terkejutnya apabila dia menoleh ke belakang, mendapati individu tersebut sedang menyusukan anaknya tanpa kebenaran.
Benda ni jadi waktu majlis Aqiqah Hayder minggu lepas, tetapi sampai hari ini saya masih teringat-ingat dan bila saya teringat balik, saya stres sampai rasa nak nangis.
Kalau sebelum ni kita taknak orang luar cium anak kita, taknak orang luar peluk anak kita sebab takut terkena macam-macam penyakit tapi apa yang saya kena ialah orang menyusu anak saya tanpa izin saya. Dia direct menyusu Hayder masa sebelum majlis Hayder berlangsung.
Waktu tu saya tengah sibuk angkat-angkat barang dan dia terus minta Hayder dari saya, dan saya pun bagi saja sebab kenalan rapat dan tak expect dia boleh buat bukan-bukan. Tapi, masa saya angkat-angkat barang tu saya nampak dia macam buat sesuatu menghadap ke belakang di dalam surau dan rupanya dia tengah susukan Hayder.
Lebih geram ialah apabila dimarahi, individu berkenaan mengatakan bahawa anaknya itu menangis jadi dia terus menyusukannya.
Alasan dia sebab anak saya nangis, tapi anak saya baru saja lepas menyusu dengan saya dan saya memang tak boleh terima alasan dia tu. Dan saya tak tahulah sampai bila saya akan dihantui dengan perkara ni.
Mak mana yang boleh terima anak dia disusukan oleh orang lain sedangkan mak dia ini ada susu badan. Dan anak saya dia minum susu formula dan susu badan, jadi tak ada isu dia boleh buat sesuka hati.
Kalau fikiran orang waras dia takkan berani nak susukan anak orang, kalau budak tu nangis sekali pun dia akan bagitahu mak budak tu untuk susukan anak dia sendiri.
Bukan kali pertama, tapi dah dua kali kantoi
Bukan itu sahaja, Afieqah juga mendedahkan ini bukan kali pertama individu berkenaan bertindak sedemikian.
Bukan sekali dia buat tapi dah dua kali. Pertamanya dia kantoi dengan saya, kali kedua dia kantoi dengan mak saya dan sekarang benda tu terngiang-ngiang dalam fikiran saya.
Di akhir video, Afieqah menyuarakan kebimbangannya terhadap kebersihan yang dikhuatiri boleh menggugat kesihatan anaknya.
Dia turut memaklumkan bahawa dia masih lagi trauma dan fobia untuk memberikan anaknya kepada orang lain selepas ini.
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyuarakan ketidakpuashatian mereka terhadap tindakan individu berkenaan yang sesuka hati menyusukan anak wanita tersebut tanpa pengetahuannya.
Sumber: TikTok