berita

Tilmiz Arif Peserta Pertama Tersingkir Akademi Qurra’ 2024, Bukan Sebab Markah Tapi Tarik Diri?

January 21st, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Akademi Qarra'

Perjalanan Tilmiz Arif dalam Akademi Qurra’ 2024 terhenti apabila diumumkan sebagai peserta pertama yang tersingkir pada minggu pertama pertandingan tersebut yang bersiaran secara langsung di TV AlHijrah pada, Sabtu.

Artikel Berkaitan: TV AlHijrah Buka Lembaran Baharu, Hidupkan Al-Quran Dalam Televisyen

Artikel Berkaitan: 6 Juara Berentap Di Final Anugerah Carta 114! Fitri Haris & InTeam Antara Persaing Sengit

Terpaksa tarik diri

Akademi Qurra'

Bagaimanapun penyingkiran peserta asal Kota Bharu, Kelantan itu bukan disebabkan menduduki markah terendah mingguan, sebaliknya dia menarik diri daripada pertandingan tersebut.

Pemangku Pengurus Kanan Program Akademi Qurra’ 2024, Zulkarnaen Mokhtar berkata, Tilmiz Arif memilih untuk menarik diri disebabkan isterinya sedang sarat hamil dan beberapa masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan.

Peserta yang terkeluar itu (Tilmiz Arif), dia yang minta untuk dikeluarkan. Katanya isterinya sedang hamil dan ada alasan peribadi yang lain.

Sepatutnya memang tiada penyingkiran untuk minggu pertama kerana mahu peserta panaskan badan dahulu. Tetapi sebab Tilmiz Arif yang mahu menarik diri, penyingkiran terpaksa dibuat.

Susulan itu, pihak produksi telah membawa masuk seorang peserta baharu iaitu Tilmizah Athiyyah bagi mengisi posisi Tilmiz Arif.

Melanjutkan bicara, Zulkarnaen akui berpuas hati dengan sambutan yang diberikan penonton pada minggu pertama Akademi Qurra’ 2024.

Alhamdulillah, Akademi Qurra’ akhirnya membuka tirai secara rasmi dan saya melihat sambutan dari penonton di rumah amat menggalakkan.

Malah, tontonan di Facebook mencecah 900 penonton. Ia adalah satu pencapaian yang baik dan lebih baik berbanding tahun sudah.

Sementara itu, kedudukan tertinggi pada minggu pertama dipegang oleh Tilmiz Amnan dan Tilmizah Firza yang masing-masing memperoleh markah 92 peratus.

Manakala Tilmiz Dr Adlee menduduki tangga terbawah dengan memperoleh markah 84 peratus.

Selain itu, Anugerah Alunan Terindah diberikan kepada peserta termuda yang berusia 18 tahun iaitu Tilmiz Luqman sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 beserta trofi.

Akademi Qurra’ 2024 diadili oleh Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman selaku juri tetap dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim.

Seramai 12 peserta bakal berentap bagi merebut gelaran juara Akademi Qurra’ 2024 sekali gus membawa pulang hadiah utama.

Akademi Qurra’ 2024 bersiaran secara langsung menerusi saluran TV AlHijrah, setiap Sabtu, jam 9 malam.

Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra’ 2024 turut menampilkan seorang Mudarris dan dua Mudarrisah yang bertindak selaku tenaga pengajar.

SKIP THIS AD ×