berita

Tilmizah Athiyyah & Tilmizah Firza Terkandas Di Minggu Keempat

February 13th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

akademi alquran

Program realiti, Akademi Qurra 2024, minggu keempat menyaksikan dua peserta sekaligus tersingkir iaitu Tilmizah Athiyyah dan Tilmizah Firza, pada Sabtu lalu.

Artikel Berkaitan: Tilmiz Arif Peserta Pertama Tersingkir Akademi Qurra’ 2024, Bukan Sebab Markah Tapi Tarik Diri?

Bukan penamat segalanya

akademi al quran

Ketika ditemui OhBulan!, Tilmizah Athiyyah yang mendapat markah 82.50% bersyukur kerana diberi peluang untuk berada di pentas Akademi Qurra 2024.

Kata Athiyyah, 23, pembabitan selama empat minggu cukup indah kerana dia banyak meluangkan masa dengan al-Quran.

Alhamdulillah, Allah bagi peluang untuk berada di pentas ini. Saya banyak hari menghabiskan masa dengan al-Quran. Kalau saya tak sertai program ini, saya tak macam ini.

Saya menganggap penyingkiran ini bukan penamat. Biarpun saya banyak menangis kerana tidak mahir tetapi saya anggap itu sebagai pembelajaran.

Manakala, Tilmizah Firza yang diumumkan berada pada kedudukan dua terbawah bersama Tilmizah Athiyyah mendapat 81.50% markah.

Menurut Firza, dia akui berasa sedih untuk meninggalkan keluarga baru memandangkan ukhuwah dengan tilmiz dan tilmizah yang lain sangat rapat.

Katanya, penyingkiran ini tidak melumpuhkan semangat untuk dia menuntut ilmu lagi bagi menjadikan diri menjadi lebih baik.

Nak tinggalkan pentas Akademi Qurra 2024 memang sedih, setiap masa saya di sini terisi. Ukhuwah saya dengan tilmiz dan tilmizah yang lain juga baik.

Allah dah takdir ini jalan saya. Tetapi ini bukan pengakhiran malah menjadikan saya lebih bersemangat untuk berjuang memperbaiki diri menjadi lebih baik.

Allah tak pernah tinggal saya. Saya tak pernah berseorangan.

Peserta tak boleh selesa

saifulizam

Sementara itu, menurut penerbit Akademi Qurra 2024, Saifulizzam Mohd Lizah, menyatakan pihak produksi juga terkejut dengan keputusan penyingkiran dua orang tilmizah.

Saya sebenarnya terkejut juga dengan dua penyingkiran yang kita buat. Untuk minggu keempat ini, kita dah terangkan kepada semua peserta yang mereka perlu melonjakkan diri ke tahap lebih tinggi.

Bila kita lihat Tilmizah Firza, sepanjang tiga minggu sebelum dia sangat konsisten tetapi minggu ini dia agak tersesat jauh. Jadi juri terpaksa potong markah yang banyak.

Dan untuk Tilmizah Athiyyah, dua minggu dia berada pada kedudukan yang terbawah. Kita dah masuk minggu keempat, pastilah minggu seterusnya akan lebih mencabar.

Dihoskan oleh Raqib Majid, Akademi Qurra 2024 turut menampilkan Mudarris Ammar Mukhlis, Mudarrisah Suhailah Zulkifly dan Mudarrisah Nadia Hashim yang bertindak selaku tenaga pengajar.

Program yang ditayangkan pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam menampilkan juri tetap Ustazah Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dan dibantu oleh Ustaz Muhammad Qayyim Nizar Sarim serta juri jemputan.

SKIP THIS AD ×