Seorang kanak-kanak lelaki sekitar umur 3 hingga 4 tahun didakwa dipergunakan oleh ibu bapanya untuk meminta sedekah semata-mata untuk membayar hutang yang dipinjam daripada Ah Long. Kejadian ini dikatakan berlaku di Uptown Perda, Pulau Pinang.
Namun, apa yang lebih menyedihkan apabila anak kecil itu ditinggalkan ibu bapanya di dalam stroller ketika hari hujan.
Kena bayar RM 38 sehari
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Joe Bagan, anak kecil ini ditinggalkan sendirian di dalam stroller bersama-sama dengan sebuah tabung dihadapannya. Keadaan anak kecil yang ditinggalkan dalam cuaca yang hujan dan kesejukan tanpa baju sejuk amat meruntun hati setiap insan yang melihatnya.
Taktik yang digunakan oleh ibu bapa yang tidak bertanggungjawab ini dengan mengumpan anaknya bertujuan untuk ‘mengaburi’ perhatian dan belas kasihan orang ramai.
Menerusi beberapa foto yang diambil dari perbualan di group Whatsapp, ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut dikatakan perlu membayar hutang mereka kepada Ah Long sebanyak RM 38 sehari.
‘Tak reti pikiaq sungguh’
Rata-rata netizen berang dengan tindakan tidak bertanggungjawab ibu bapa kanak-kanak tersebut yang sanggup mempergunakan anak sekecil ini semata-mata untuk membayar hutang Ah Long.
Ada juga dalam kalangan mereka yang meminta agar orang ramai membuat laporan kepada pihak yang berkuasa supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil.
Sumber: Joe Bagan