berita

Tinggal Dalam Kereta Uzur Sebab Tiada Rumah, Zakat Selangor Hulur Bantuan

May 10th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Zakat Selangor

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya itulah peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan keadaan seorang lelaki yang hidup serba kekurangan.

Kisah lelaki ini diceritakan menerusi satu thread di akaun Twitter rasmi pihak Zakat Selangor. Difahamkan lelaki tersebut hanya tinggal di dalam sebuah kereta yang diletakkan di Denai Alam, Selangor. Lelaki berkenaan memberitahu dia baru sahaja datang dari Kedah dan sedang berusaha mencari pekerjaan di Selangor.

‘Hanya tidur di dalam kereta’

Foto: Zakat Selangor

Apa yang lebih meruntun hati, apabila lelaki berkenaan hanya tidur di kawasan Rehat dan Rawat (RnR) namun, berikutan penutupan RnR dia terpaksa mencari tempat yang lain. Pada masa yang sama, sehingga kini dia tidak mempunyai sebarang pendapatan dan terpaksa meminta sedekah sebagai alternatif bagi menampung perbelanjaan hariannya.

Sebelum ini dia tidur di kawasan RnR, tetapi terpaksa keluar kerana kawasan RnR tersebut ditutup. Buat masa ini, dia tidak mempunyai sebarang punca pendapatan dan menjalankan aktiviti meminta sedekah di sekitar kawasan tersebut.

Sudah diberikan bantuan

Foto: Zakat Selangor

Kini, dia telah didaftarkan sebagai asnaf fakir dan akan mendapat bantuan kewangan bulanan bermula bulan ini. Pada masa yang sama, pihak Zakat Selangor turut cuba bagi mendapatkan rumah sewa sebagai tempat untuknya untuk menginap.

Beliau telah didaftarkan sebagai asnaf fakir dan bantuan kewangan bulanan akan disalurkan mulai bulan Mei 2021. Kami juga cuba dapatkan rumah sewa untuk dia. Namun, diah memohon agar diberi sedikit masa supaya dia dapat mencari bilik/rumah sewanya sendiri.

Semoga dimurahkan rezeki

Sumber: Zakat Selangor

SKIP THIS AD ×