berita

‘Tinggi Macam Mana Pun…Kita Humble Je, Rendahkan Diri Dekat Suami’

August 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon Amyra Rosli berkongsi kisah di sebalik perkahwinannya bersama Amar Baharin menerusi temubual eksklusif bersama Tya Arifin.

Macam harimau jumpa singa

Sudah melayari bahtera perkahwinan selama tujuh tahun, Amyra berkata dia seorang isteri yang berdikari. Namun begitu, dia terpaksa akur dengan permintaan suami yang mahu isteri bergantung kepadanya.

Saya dengan Amar pasangan yang dominant. Macam harimau jumpa singa. Contoh, saya nak buat sesuatu tapi suami tak bagi. Tapi saya tahu saya sangat independent. Suami akan terasa macam ‘kenapa tak nak bergantung dekat aku, aku kan suami kau’. Tapi lepastu saya pula rasa yang saya tak nak susahkan dia, biar saya buat.

Tapi bila dah lama-lama, saya cuba untuk memahami seorang suami memang nak isteri itu bergantung kepada dia.

Di samping itu, pelakon drama ‘Nur’ ini turut memberi pesanan kepada para isteri di luar sana agar sentiasa merendahkan diri, walau tinggi mana pencapaiannya dan menurunkan ego dengan sentiasa memohon maaf.

Kalau dia marah, saya diamkan diri bagi dia tenang. Tak ada macam, dua-dua nak naik angin. Kita jadi kawan, jangan kongkong pasangan kita. Dan jangan biarkan pergaduhan tu terlalu lama, sangat tak bagus. Kalau boleh sebelum tidur kita kena berbaik.

Mungkin kalau berbaik dalam waktu terdekat, akan ada rasa tak puas hati tapi tak apa yang penting mulut kena selalu minta maaf terutamanya isteri. Kita kan nak reda suami. Sebagai isteri walau tinggi macam mana pun, jadi humble dan rendahkan diri dekat suami.

Sekadar info, Amyra dan Amar berkahwin pada November 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata Aqeef Anaqi, 5 dan Ayra Aryssa, 3.

Video

@mutyarabeauty_hq

Disebalik kisah perkahwinan Amyra Rosli Sebagai seorang wanita yang bergelar isteri, Sehebat dan setinggi mana kerjaya kita, Jangan sesekali membelakangkan para suami. #tyaarifin #jamumutyara #podcast #bloopers #fyp #fyp?

? Cena Engraçada e Inusitada – HarmonicoHCO

Sumber: Tya Arifin

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×