berita

Tips & Itinerary Jelajah Chiang Mai Pada Musim Sejuk. Sangat Best!

January 3rd, 2019 | by Amat
Travelogue

Chiang Mai sebuah negeri yang terletak di utara Thailand dan juga antara destinasi pelancong menarik menjelang setiap hujung tahun. Suhu sekitar 7 hingga 13 Celsius membuatkan ramai pelancong dalam dan luar negara datang menikmati alam semulajadi di sini.

Pada Disember tahun lalu, kami berpeluang menerokai dan menikmati panorama indah Chiang Mai. Berikut merupakan pengalaman dan itinerary jalan-jalan di Chiang Mai buat anda! Boleh pergi dengan keluarga dan rakan ye…

Doi Inthanon National Park

Banyak sangat destinasi menarik di Chiang Mai dan antaranya ialah Mae Rim, Lamphun, Hang Dong dan banyak lagi. Kali ini, kami nak bawa anda bercuti ke Doi Inthanon National Park dan Chom Thong.

Anda perlu membeli tiket bas VIP dari Dannok ke Terminal Bus Chatucak, Bangkok berharga 1200 Baht (Rm135). Sebaik saja tiba di sana, anda perlu membeli tiket bas ke Chiang Mai dengan harga 700 Baht (Rm80).

Setibanya di sana, anda perlu menyewa van untuk menuju ke destinasi menarik di Chiang Mai iaitu Doi Inthanon. Dinasihatkan perlu booking van terlebih dahulu secara online atau cari je kat internet.

Cadangan tambahan:

  1. Kapal terbang – buat tempahan terlebih dahulu untuk terus flight dari KLIA ke Chiang Mai International Airport.
  2. Kereta api dari Padang Besar ke Bangkok atau Padang Besar ke Chiang Mai.

Nota:

Nilai mata wang bergantung pada nilai pasaran.

Doi Sureya Camping

Penginapan? Di sini anda tidak perlu risau mengenai penginapan. Terdapat banyak chalet berkonsepkan alam semulajadi ditawarkan di sekitar Gunung Inthanon, Chiang Mai ini.

Harga pula sangat berpatutan. Setiap chalet turut menawarkan khemah untuk anda yang inginkan suasana semulajadi indah dan nyaman.

Harga sewa sebuah khemah ialah 200 Baht (Rm25) semalam. Manakala chalet buluh ini sekitar harga 1500 Baht (Rm160) semalam.

Perlu diingatkan, penginapan di sini tidak mempunyai penghawa dingin kerana suhu di sini mencecah 7 hingga 13 Celsius. Sangat sejuk! Jangan lupa bawa baju sejuk ye.

Siribhume waterfall

Chalet disekitar Air Terjun Siribhume merupakan tempat penginapan yang turut menjadi tumpuan pelancong. Chalet yang terletak berhampiran air terjun ini mendapat perhatian kerana anda berpeluang mendekatkan diri dengan alam semulajadi ciptaan Ilahi.

Suhu di sini juga sangat sejuk sehingga membuatkan tangan kami kebas di waktu pagi. Dinasihatkan untuk bawa bersama sarung tangan ye.

Harga penginapan di sini juga murah. Rumah buluh yang dapat dilihat ini sekitar 1500 Baht (Rm160) dan terdapat pelbagai bentuk dan design.

Selain itu, anda juga dapat ke air terjun Siribhume bersebelahan hutan di chalet ini saja. Menikmati keindahan hijau hutan dan bunyi tenang air terjun di sini.

Sakura Park

Ini antara destinasi WAJIB sekiranya anda ke Chiang Mai. Sakura Park ini terletak di Doi Inthanon National Park, Ban Luang. Anda berpeluang melihat bunga sakura mekar di pokok dan berguguran di jalan. Sangat cantik!

Ramai pelancong dari dalam dan luar negara mengambil kesempatan untuk mengabadikan kenangan mereka di sini. Sesuai sangat kalau nak buat photoshoot pre-wedding. Romantis!

Bhubing Palace

Bhubing Palace merupakan singgahsana kerabat diraja Thailand. Setiap kali kerabat diraja Thai ke Chiang Mai atas urusan penting, mereka akan menginap di sini untuk seketika.

Tempat ini juga di buka untuk umum dan dikenakan bayaran masuk sebanyak 40 Baht (Rm5). Jika anda cintakan flora, maka, disinilah tempatnya… Terdapat pelbagai jenis flora yang cantik di sini antaranya bunga mawar, ros, orkid dan sebagainya.

Perlu diingat, jika anda hendak masuk ke sini adalah dilarang sama sekali untuk berseluar pendek atau skirt pendek, begitu juga singlet.

Matahari terbit di Doi Inthanon

Melihat matahari terbit di lereng Doi Inthanon merupakan aktiviti wajib buat anda sekiranya ke sini. Ramai pelancong akan ke sini sekitar 6.00 pagi waktu tempatan bagi menyaksikan sunrise muncul disebalik bukit-bukit kecil.

Disini juga anda berpeluang melihat matahari menjelma disebalik awan dan bulan perlahan menghilang. Sangat indah ciptaan Tuhan.

Habis saja lihat sunrise tu, singgah ke pasar pasar Doi Inthanon yang terletak kira-kira 7 km dari lereng bukit tadi. Terdapat pelbagai makanan yang mampu menghangatkan suhu badan anda. Antaranya bubur, roti bakar, air halia, ubi dan jagung bakar.

Tetapi perlu berhati-hati ye, makanan di sini tiada Halal. Bertanya terlebih dahulu sebelum membeli makanan di sini. Makanan yang wajib anda cuba ialah roti bakar, air halia, ubi dan jagung bakar. Harga sekitar 20 Baht (Rm2.50).

Ob Luang National Park

Ob Luang National Park juga antara tempat wajib yang perlu anda lewati. Disini, anda berpeluang melihat panorama keindahan air terjun yang belum tercemar. Ada juga segelintir pelancong bermalam dalam khemah di tepi sungai ini.

Anda turut berpeluang melintasi jambatan antara dua batu gunung yang terbelah. Sangat gayat! Jika anda minat untuk hiking, tiada masalah… Trek untuk hiking telah disediakan dan terpaksa berjalan kira-kira 12 km sambil melihat kehijauan flora disini.

Jom jalan-jalan ke Chiang Mai

Ini adalah VLOG ringkas yang sempat kami rakam dan kongsikan perjalanan ke Chiang Mai. Tidak perlu risau untuk mendapatkan makanan Halal. Banyak kedai makan Halal di sana dan rasa sangat sedap! Anda boleh lihat video ini untuk lihat itinerary selanjutnya.

Sumber: Youtube Amat Larbsib 

SKIP THIS AD ×