![]()
Bagi mereka yang ‘on diet’ pastinya struggle melakukan pelbagai aktiviti senaman mahupun menjaga makan semata untuk kuruskan badan. Lagi-lagi bila perut yang semakin membuncit, stressnya rasa kan? Seorang pengguna Twitter telah berkongsikan tips bagaimana untuk ‘mengecilkan’ bahagian-bahagian badan mengikut bentuk badan.
Kenalpasti dulu jenis bentuk badan
https://twitter.com/anisazuwa/status/1102527896814444544?s=12
![]()
Bentuk buah pear
![]()
Bagi wanita yang memiliki bentuk badan seperti ini akan kelihatan ‘besar’ pada bahagian pinggul dan peha. Biasanya, lemak di bahagian badan tertumpu dan tersimpan di bahagian pinggang ke bawah. Jenis bentuk buah pear ini juga antara mereka yang susah untuk kurus kerana:
![]()
Bentuk buah epal
![]()
Bentuk badan jenis ini pula menumpukan bahagian lemak yang terkumpul dari pinggang ke atas. Manakala bahagian punggung ke bawah lebih kecil dan tak seimbang dengan bahagian atas.
Biasanya, mereka yang memiliki bentuk badan sebegini akan mudah berasa sakit pada bahagian tumit kerana menampung berat badan yang tidak seimbang. Namun, mereka yang bentuk badan epal ini mudah untuk menurunkan berat badan.
![]()
Bentuk jam pasir
![]()
Bagi bentuk badan seperti jam pasir pula adalah mereka yang paling beruntung sekali! Ini kerana, bentuk badan mereka adalah seimbang iaitu antara bahu dan pinggul. Manakala ukuran bahu juga hampir sama dengan ukuran pinggul dan bahagian pinggang lebih kecil dan mempunyai ‘curve’.
Mereka yang mempunyai bentuk badan seperti ini tidak perlu risau untuk kecilkan bahagian badan kerana semuanya dan terlihat sempurna. Cumanya anda perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang untuk mengekalkan bentuk tubuh yang cantik.
Bentuk surat khabar/pisang
![]()
Bentuk badan seperti pisang pula menonjolkan bahagian tubuh yang lurus ke bawah. Kebiasaannya mereka yang mempunyai bentuk tubuh sebegini mempunyai ukuran bahu dan pinggul yang sama. Manakala ukuran pinggang pula sama dengan ukuran bahu dan juga pinggul. Semuanya lurus dan kurus! Mungkin anda perlu fikir cara untuk menaikkan sedikit berat badan.
Sumber: Anis Azuwa








