
Selepas melahirkan anak, rata-rata wanita akan berdepan dengan perubahan fizikal, begitu juga bagi personaliti media sosial, Sally Whoo.
Artikel Berkaitan: Sally Whoo Terharu Terima Hadiah Jambangan Duit Daripada Usahawan – ‘Jauh Datang Dari Kedah Buat Kejutan’
Artikel Berkaitan: Sally Whoo Mohon Maaf Isu Kekeliruan ‘Username’ Sama Dengan Siti Saleha – ‘Masa Buat TikTok, Tak Tahu Itu Nama…’
Perubahan fizikal

Menerusi hantaran di Threads, Sally atau nama sebenarnya Nur Salihah, berkongsi bahawa dia menyedari beberapa perubahan fizikal luar biasa yang dialaminya selepas melahirkan sepasang bayi kembar.
Aku tahu, aku takkan dapat badan yang dulu.
Aku tahu perut, lengan, payudara, dan peha takkan jadi macam dulu.
Paling extreme perut aku selepas bersalin ni. Pastinya akan gelebeh, hitam dan kulit jadi sangat nipis sampai garu sikit pun pedih. Habis pecah kulit.
Menurut Sally, meskipun segala kekurangan dapat disembunyikan namun, hadir perasaan sedih dalam dirinya malah keyakinannya juga terjejas.
Bagaimanapun, Sally percaya perubahan tersebut adalah bukti betapa besar jasa seorang insan yang bergelar ibu.
Aku boleh sorok pakai baju dan seluar tapi keyakinan dalam diri? Hilang. Sedih tapi inilah pengorbanan seorang ibu.
Tak minta banyak, hargailah para ibu di luar sana.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata kaum ibu memahami situasi yang dilalui oleh Sally, malah mereka juga berdepan dengan masalah sama.
Untuk info, Sally telah selamat melahirkan cahaya mata kembarnya iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan pada 1 November lalu.
Sekadar rekod, Sally mendirikan rumah tangga bersama suami, Toq dan sebelum kelahirkan bayi kembar, mereka memiliki seorang anak lelaki yang diberi nama Ean Maleeq.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)