berita

Titi DJ Buat Pembedahan Plastik, Titip Nasihat ‘Jangan Buat Yang Murah Kerana Risikonya Bahaya’

February 22nd, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Penyanyi terkenal Indonesia, Titi DJ atau nama sebenarnya Titi Dwi Jayati mendedahkan dirinya baru sahaja menjalani pembedahan plastik di sebuah pusat kecantikan di Seoul, Korea Selatan.

Artikel Berkaitan: Kumpulan Radja Bakal Konsert Di Johor, Tiket Serendah RM68

Artikel Berkaitan: Didakwa Buat Pembedahan Plastik, Elon Musk Tanam Rambut & Tegangkan Kulit?

Plastic Surgeri

Menerusi laporan Kosmo, penyanyi berusia 57 tahun ini menjalani lima proses pembedahan wajah antipenuaan untuk terlihat awet muda dengan risiko yang rendah. Bukan itu sahaja, Titi juga mengakui telah menghabiskan sejumlah wang yang besar demi mengekalkan kecatikannya secara selamat.

Menurut pelantun lagu Sang Dewi ini, dia memilih Korea Selatan sebagai lokasi pembedahan kerana negara berkenaan terkenal dengan tenaga profesional dan prosedur yang betul seperti pembedahan di hospital.

Dalam pada itu, Titi turut menitipkan nasihat buat wanita di luar sana yang ingin mengubah wajah agar mendapatkan khidmat perubatan yang bertauliah serta tidak melakukan pembedahan plastik dengan harga murah.

Saya nasihatkan jika ada yang mahu jalani pembedahan seperti ini jangan buat yang murah kerana risikonya sangat besar dan bahaya.

Sekadar info, penyanyi yang pernah menjuri pertandingan nyanyian Indonesian Idol ini menjalankan pembedahan plastik pada 6 Januari lalu dan turut berkongsi perjalanan tersebut di Instagramnya.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×