berita

TMJ Sahkan Safawi ‘Pulang’ Ke JDT Tahun Hadapan, Dedah Senarai Pemain Terbaru Musim Depan

December 18th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Menerusi wawancara khas bersama Astro Arena, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberitahu bahawa Safawi Rasid akan kembali ke pangkuan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Safawi akan kembali

Menurut pemilik Kelab Bola Sepak JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memberitahu bahawa Safawi akan bersama dengan JDT semula pada tahun hadapan.

Saya rasa Safawi akan kembali, jadi Safawi akan bersama JDT tahun 2021. 100 peratus sah.

Tambah beliau, Safawi masih belum diberi peluang untuk tampil buat kali pertama bersama skuad utama pasukan tersebut selepas dia dipinjamkan dari JDT selama semusim. Tunku Ismail turut memberitahu bahawa beliau mempunyai perancangan awal pada masa hadapan mengenai pasukan bola sepak JDT. Antara perancangan Tunku Ismail ialah beliau sedang menunggu kontrak Daniel Amir bersama Felda United tamat. Ini kerana, beliau boleh mengambil pemain tersebut secara percuma memandangkan kontrak pemain tersebut bersama pasukan itu bakal berakhir.

Di samping itu, beliau juga bakal membeli satu striker berusia 28 tahun dari Argentina. Disoal mengenai Sumareh, Tunku Ismail memberitahu sekiranya pemain itu hendak balik semula ke JDT, beliau perlu berbincang dengan Tuan Muda Pahang. Sekiranya Tuan Muda bersetuju untuk melepaskan Sumareh, beliau akan meneruskan urusan untuk mengambil pemain itu semula. Di akhir wawancara tersebut, Tunku Ismail juga memberitahu senarai pemain yang bakal beraksi di bahagian sayap kanan dan kirinya. Antara pemain sayap kanan yang disebutkan ialah Safawi, Sumareh dan Arif Aiman. Manakala sayap kiri pula, Akhyar Rashid, Ramadhan dan Gabi Guerra.

Berjaya melahirkan seorang bintang

Terdahulu, Tunku Ismail telah memberi ‘lampu hijau’ buat Safawi untuk melebarkan sayapnya dan beraksi di pentas Eropah. Manakala, Pengarah Sukan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim, Martin Prest, juga menganggap tawaran tersebut sebagai satu peluang baru buat Safawi.

Sepanjang karier Safawi sebagai bintang muda, dia pernah dirisik oleh beberapa kelab berpangkalan di luar negara berdasarkan prestasinya ketika bersama dengan skuad Harimau Malaya. Antara kejayaan terbesar beliau adalah tersenarai sebagai penjaring gol terbaik Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Sumber: Astro Arena

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×