berita

‘To Be Honest Kes Kali Ini Lagi Teruk’ – Eina Azman Bantu Bayi Derita Ekzema

December 13th, 2018 | by Amat Larbsib
Kini Trending

Sebelum ini, Datin Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah telah membantu dua orang kanak-kanak menghidap penyakit kulit (ekzema). Mereka telah membawa keluarga tersebut bertemu pakar kulit bagi mendapatkan rawatan.

Terbaru, Eina Azman dan suami sekali lagi membantu seorang kanak-kanak yang turut menderita penyakit ekzema. Dia juga berpeluang melawat adik Thaqif Arjuna di Penang sebelum membawa dan mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur.

Melawat baby Thaqif

Salam semua… Pertama sekali Eina nak ucap terima kasih kepada semua hamba-hamba Allah yang banyak DM Eina beritahu tentang sakit yang Thaqif Arjuna alami. Eina dapat tau pasal Thaqif sakit masa Eina di Langkawi. So daripada Langkawi 26 Nov 2018 baru-baru ni Eina dan suami decide untuk pergi melawat baby Thaqif dan ibunya @atieatyra di Penang.

Kes kali ini Eina rasa lagi teruk

So selepas melawat dan berbincang kami decide nak bawa Thaqif datang ke KL untuk berjumpa dengan doctor pakar kulit. Alhamdullilah hari ni Thaqif dan ibunya datang bersama nenek nya sekali berjumpa doctor pakar kulit. Eina rasa gembira sebab doctor kata insyallah Thaqif boleh sembuh yang penting ubat jangan tinggal. To be honest kes kali ini Eina rasa lagi teruk. Thaqif tak habis-habis garu 1 badan sampai berdarah darah.

Nak tidur pun susah

Sayunya hati tengok Thaqif yang nak tidur pun susah dek kerana pedih 1 badan. Ya Allah ringan kan lah segala sakit yang Thaqif rasai. Insyallah saya dan suami akan tanggung perubatan Thaqif sehingga sembuh. So for those yang nak memberi sumbangan kepada keluarga @atieatyra bagi meringankan sedikit beban mereka walaupun Rm1 boleh bank in di number account Nur Athirah Binti Zainal 07140147267526 CIMB . Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua.

Semoga datin dilimpahkan rezeki

Baiknya datin

Sumber: Eina Azman