
Drama sensasi Toksik Cinta arahan Pali Yahya dan skrip oleh Erma Fatima kini menjadi bualan hangat wargamaya di media sosial kerana jalan ceritanya yang sarat emosi.
Artikel Berkaitan: Dion Wiyoko Terharu Peminat 27 Kali Ke Wayang Tonton ‘Sore Istri Dari Masa Depan’
Persis kes Amber Heard

Selain jalan cerita, penonton juga mula mengaitkan drama tersebut dengan kes ikonik selebriti antarabangsa iaitu Amber Heard dan Johnny Depp yang pernah menggemparkan dunia hiburan Hollywood.
Netizen berpendapat, beberapa babak dalam Toksik Cinta seolah-olah mencerminkan kisah sebenar pasangan selebriti tersebut dengan paparan manipulasi emosi, pertengkaran serta mengenai siapa mangsa dan pelaku dalam hubungan.
Pendek kata, Toksik Cinta bukan sekadar sebuah drama, tetapi menjadi cerminan kepada cara masyarakat menilai dan mentafsir hubungan yang penuh konflik dan permainan perasaan.
Mengangkat tema cinta yang beracun di sebalik keindahan dan glamor dunia hiburan, Toksik Cinta merupakan naskhah baharu di bawah jenama Tonton Original Series.
Menggabungkan elemen melodrama, thriller rumah tangga dan jenayah, drama ini menjanjikan perjalanan sarat emosi serta permainan psikologi yang mendalam.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Riena Diana, Aqasha, Keith Foo, Cristina Suzanne, Dayang Areeda, Ruzana Ibrahim, Tony Eusoff, Esma Daniel dan Izzue Islam.
Drama bersiri 30 episod ini sudah menemui penonton mulai 27 Oktober 2025, eksklusif hanya di Tonton. Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram.








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)