berita

Tolak Lamaran Jadi Kekasih, Gadis 13 Tahun Diperkosa Empat Remaja Bawah Umur

September 22nd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara menolak lamaran menjadi teman wanita, seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol empat remaja di bawah umur. Perbuatan keji itu dipercayai dilakukan kesemua suspek pada 1 September lalu.

Dirogol empat lelaki bawah umur

Sekadar gambar hiasan

Pada awalnya, mangsa dikatakan berada di taman untuk meluangkan masa namun tiba-tiba empat lelaki yang tidak dikenali datang menghampiri dan menegurnya. Lebih mengejutkan apabila salah seorang daripada mereka tiba-tiba memeluknya secara memaksa. Menurut Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Utara, AKPB Febri Isman Jaya, lelaki itu kemudian meminta mangsa untuk menjadi teman wanitanya namun permintaannya itu ditolak mangsa.

Tidak lama selepas itu, mangsa dikatakan beredar dari taman tersebut. Keempat-empat suspek kemungkinan tercabar dengan tindakan mangsa, oleh hal demikian mereka nekad untuk mencari mangsa. Pada keesokan harinya, keempat-empat suspek telah datang kembali ke taman tersebut dan apabila menemui mangsa, mereka dikatakan mula melakukan perbuatan keji itu di Hutan Kota, Jakarta Utara.

Susulan daripada itu, laporan polis telah dibuat dan hasil siasatan mendapati, keempat-empat suspek terbabit sebenarnya masih di bawah umur. Tetapi kesemua mereka yang berusia dalam lingkungan 12 hingga 14 tahun itu dikatakan sudah tidak lagi bersekolah. Tambah AKPB Febri Isman Jaya lagi, disebabkan suspek masih di bawah umur, kes itu dikendalikan di bawah Unit Perkhidmatan Wanita dan Kanak-kanak (PPA) Polis Metro Jakarta Utara. Difahamkan, siasatan lanjut berhubung kes ini masih dijalankan oleh pihak polis.

Sumber: Liputan6

SKIP THIS AD ×