Di Instagram, pelawak dan pelakon Vicha terkilan apabila dirinya menjadi mangsa fitnah netizen berkenaan sebuah produk menguruskan berat badan. Susulan daripada itu, Vicha telah tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan tersebut di media sosialnya.
Kau buat hal lagi
Pandai kau dah block aku lepas tu ko comment dekat Instagram. Sebelum ni aku diamkan dulu tapi sekarang ko memang dah melampau fitnah aku macam-macam, tolong bagi bukti yang i pernah bersumpah dekat siapa-siapa yang i pernah cakap tak buat operate dengan @dr.mustafamt. Di sebabkan hari itu aku tak ambil tindakan sebab kasian sekarang kau buat hal lagi, so sekarang saya akan ambil tindakan dan tak ada kata maaf untuk sekarang ni. Kau tengok saja apa yang kau buat kau akan bayar semua fitnah-fitnah kau.
Menurut Vicha, dia telah didakwa oleh seorang pengguna Instagram yang menyatakan dirinya pernah bersumpah tidak melakukan pembedahan sepanjang tempoh menurunkan berat badan. Ekoran daripada itu, dia meminta pemilik Instagram tersebut untuk tampil memberikan bukti sekiranya dia pernah bersumpah kepada mana-mana individu. Tambah Vicha, dakwaan tersebut bukan kali pertama berlaku dan dia bakal mengambil tindakan.
Saya tak tipu korang semua
View this post on Instagram
Menurut Vicha, dia tidak pernah menafikan dirinya menjalani pembedahan pintasan usus (bariatric) seperti dakwaan netizen. Tambahnya, perjalanan untuk menurunkan berat badan dari mula pembedahan sampai naik turun balik semuanya ada di akaun Instagramnya. Vicha turut memberitahu dia tidak pernah menipu semua orang.
Buat laporan polis
View this post on Instagram
Terbaru, Vicha telah membuat laporan polis berhubung pemilik akaun Instagram tersebut. Ujarnya, dia sudah kena ‘block’ oleh pemilik akaun tersebut. Oleh itu, Vicha turut memberi tempoh 24 jam buat pemilik Instagram tersebut untuk selesaikan masalah yang berlaku. Sekiranya dia tidak mendapat kerjasama daripada pihak tersebut, kes tersebut dipercayai akan dibawa ke peringkat seterusnya.
Sumber: Vicha