
Seorang individu meluahkan rasa berang dan kecewa selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa tengkingan seorang pelakon lelaki terkenal yang hanya dikenali sebagai ‘RR’ di sebuah premis perniagaan, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: Individu Kagum Dengan Noor Nabila, Sentiasa Utamakan Hati Sendiri – ‘Dia Tak Berkompromi Untuk Kebahagiaan’
Artikel Berkaitan: Redza Rosli & Bella Hanna Bakal Timang Anak Sulung
Terkilan

Individu itu mendakwa kejadian bermula apabila dia cuba menyapa pelakon tersebut dengan mesra ketika mereka berselisih di dalam sebuah kedai.
Menurutnya, pelakon yang ketika itu sedang menolak stroller anaknya sempat membalas sapaan tersebut.
Namun, suasana bertukar janggal apabila individu terbabit memuji kecomelan anaknya sambil memegang telefon bimbit.
Saya cakap comelnya anak dia sambil pegang telefon hala ke depan, tapi tak rakam (record) apa-apa pun. Terus dia marah-marah cakap ‘tolong jangan record’.
Ya Allah, dah lah tengking-tengking dalam kedai tu.
Tambah individu itu lagi, dia berasa sangat malu apabila insiden tersebut disaksikan oleh rakan-rakannya serta kakitangan kedai yang bertugas sehingga keadaan menjadi sunyi selepas teguran itu.
Sumpah terkejut saya dengan kawan-kawan dan penjual dalam kedai tu semua terdiam.
Mana tidaknya, dia ingat dia bawa watak berlakon ke? Sepatutnya cakaplah ‘maaf ya jangan record anak saya’.
Ni belum apa-apa dah sound orang macam itu.
Mengulas lanjut mengenai sikap pelakon berkenaan, individu tersebut mendakwa ‘RR’ bertindak kasar terhadap peminat yang hanya ingin beramah mesra.
Dia tengking memang kuat gila! Dengan suara jantannya.
Ketika itu saya terus tiada mood untuk membeli, nasib kawan je teruskan membeli. Dah rasa menyampah tengok dia dekat situ dengan bajet artisnya.
Hantaran tersebut telah kemudia mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mula membuat spekulasi mengenai identiti sebenar pelakon berinisial ‘RR’ tersebut.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Kanak-Kanak Hidap Kanser Luah Hasrat Ke Rembayung & Bertemu Khairul Aming, Netizen Sanggup ‘Battle’ Slot](https://asset.ohbulan.com/2026/08/rembayung.jpg)