
Adik kepada penyanyi Zizi Kirana iaitu Nurul Nazielah memberikan kata-kata semangat buat kakak tercintanya itu meskipun telah ditahan oleh pihak Israel pada awal pagi Khamis.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zizi Kirana Antara Rakyat Malaysia Yang Ditahan, Mohon Dibebaskan
Artikel Berkaitan: ‘Setiap Hari Tengok Tracker’ – Coretan & Titipan Doa Adik Zizi Kirana Meruntun Hati
Harapan adik

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Threads, Nurul Nazielah berkongsi 10 wajah aktivis kemanusian Global Sumud Flotilla yang telah ditahan oleh pihak Israel termasuk Zizi.
Pada hantaran tersebut, Nurul Nazielah berkata, dia percaya bahawa Zizi mampu untuk berdepan dengan dugaan itu dan berharap kakaknya tabah.
Kakak, tolong kuatkan diri dan saya tahu awak kuat.
Saya nak awak kuat, bertahan kak.
Dalam masa yang sama, Nurul Nazielah juga memohon orang ramai untuk meneruskan perkongsian mengenai Global Sumud Flotilla dan memanjatkan doa kepada Allah SWT agar para peserta misi kemanusiaan tersebut berada dalam keadaan yang baik.
Teruskan berdoa dan berkongsi (tentang Global Sumud Flotilla).
Semoga mereka yang ditahan oleh Israel tidak diapa-apakan.
Ya Allah, kami serahkan segalanya kepadaMu. Engkau pemilik apa yang ada di muka bumi ini.
Terdahulu, media melaporkan Zizi antara rakyat Malaysia yang menyertai pelayaran Global Sumud Flotilla ke Gaza telah ditahan secara tidak sah oleh tentera Israel selepas kapal mereka iaitu Huga dilapor telah dipintas di perairan antarabangsa.
Difahamkan selain Zizi, beberapa warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah ditahan antaranya Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil dan yang terbaharu dikongsikan ialah Norfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazram.
Sumber: Threads







