berita

Tolong Salah, Tak Tolong Salah! Wanita Viral Selongkar Sampah Ditahan Positif Dadah

February 14th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Berita Harian

Sebelum ini viral satu video di media sosial memaparkan seorang wanita bersama anak-anaknya sedang menyelongkar tong sampah semata-mata mahu mencari barangan kitar semula. Kisah tersebut telah mendapat perhatian ramai sehingga ada yang menghulurkan bantuan kepada keluarga ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sedihnya, Tak Sampai Hati Tengok..

Terbaru, wanita yang bergelar seorang ibu itu telah ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana didapati positif dadah.

Ambil pil kuda

Foto: Kosmo

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Berita Harian, wanita terbabit yang berusia 36 tahun bersama adik lelakinya telah ditahan di rumahnya yang terletak di Kampung Baru Nelayan, Kelantan dalam satu serbuan oleh AADK. Ketika itu, wanita berkenaan dikatakan berada dalam keadaan khayal dan gelisah. Malah dia mendakwa mengalami ‘bengkak susu’ kerana sudah lama tidak menyusukan anak bongsunya.

Bercerita dengan lebih lanjut, wanita ini mengaku sudah berhenti mengambil pil kuda sejak dua tahun lalu sebelum dia nekad mengambilnya semula kerana tertekan selepas berdepan dengan pelbagai masalah. Menurut sumber, wanita ini mengaku membeli dadah menggunakan wang hasil daripada jualan besi buruk yang diselongkar di tong sampah.

Saya mengaku sudah lama mengambil pil kuda tapi berhenti sejak mengandung anak bongsu lebih dua tahun lalu kini saya kembali menagih kerana tekanan hidup. Banyak masalah saya hadapi termasuk memikirkan suami yang entah ke mana menghilang, kemiskinan hidup dan masyarakat sekitar yang sentiasa memandang serong terhadap saya sekeluarga.

Ketua Pegawai AADK Daerah Tumpat iaitu Siti Morni Mustafa berkata, wanita terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×