berita

Tonton Filem Menarik Serendah RM1 Di Rumah Menerusi Tonton CINEMA

March 18th, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Sekadar gambar hiasan

Hampir setahun tidak menonton wayang akibat pandemik yang melanda dunia, kami pasti korang semua mesti dah rindu nak tonton wayang bersama keluarga, kekasih hati dan kawan-kawan. Walaupun panggung wayang sudah mula beroperasi seperti biasa namun, timbul kerisauan dalam kalangan netizen rentetan jumlah kes harian yang masih tinggi.

Tapi, kali ini korang jangan risau sebab anak syarikat Media Prima Berhad, iaitu Sistem Televisyen Berhad dan REV Media Group telah memperkenalkan tonton CINEMA iaitu sebuah perkhidmatan penstriman Bayar Per Tontonan (Pay Per View PPV) yang membawakan filem terbaik terus ke rumah korang! Maknanya boleh tonton filem kegemaran korang dekat rumah je!

Di mana-mana sahaja boleh tengok!

Menerusi tonton Cinema, korang boleh menonton koleksi filem terkini dengan cara yang begitu mudah! Bukan itu sahaja, korang juga boleh layari catchup yang sedia ada dan LiveTV secara percuma di aplikasi dan laman web. Lagi best, bila anda boleh akses CINEMA di mana-mana hanya menggunakan telefon dan televisyen pintar. Untuk pengalaman yang lebih baik, korang juga boleh tonton CINEMA menerusi TV pintar di rumah.

Kalau bab harga, korang jangan risau sebab CINEMA menawarkan harga promosi istimewa, dengan hanya serendah RM1 untuk mengakses filem kegemaran korang, tetapi waktunya adalah terhad. Filem yang korang bayar tu, boleh ditonton dalam masa 2 hari dan boleh menggunakan lima peranti pada masa yang sama. Betul-betul berbaloi ni!

Jangan lupa langgan!

 

Kaedah nak bayar pun senang sebab CINEMA menawarkan pelbagai kaedah pembayaran yang merangkumi kad kredit/ kad debit dan perbankan atas talian. Apa yang lebih menarik, apabila para penggiat seni turut dialu-alukan untuk menyumbangkan idea-idea kreatif menerusi platfom ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen dan Primeworks Studios, Media Prima Berhad, Dato’ Khairul Anwar Salleh, ia salah satu stratergi yang dibuat dalam memperkembangkan lagi industri baharu ini.

Sebagai sebuah konglomerat media dan hiburan terbesar di Malaysia, ia adalah langkah yang strategik dalam memperluaskan kumpulan sasaran di platform digital dan mempromosikan kandungan tempatan.

Tunggu apa lagi, daftar sekarang di https://cinema.tonton.com.my

SKIP THIS AD ×